PELAKON Shakilla Khoriri bersyukur selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin memutuskan hak penjagaan sementara atau interim hadanah anak perempuannya diserahkan kepadanya. Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, berkata, sebagai ibu dia akan melakukan yang terbaik untuk anaknya iaitu Ameena, 5, Sofia serta yakin dengan perancangan Allah untuk dia serta keluarga. "Saya akan buat apa sahaja untuk Ameena. Saya sangat maksudkan apa yang saya cakap. Alhamdulillah, pagi ini pihak mahkamah dah putuskan hak interim hadanah berpihak kepada umi Ameena. Shakilla berkongsi berita itu melalui satu hantaran di Instagram miliknya. "Saya percaya doa dan aturan Allah sentiasa tak salah alamat. Allah lebih tahu. Apa pun alasan dan tujuan kita sebagai manusia, hanya Allah sahaja yang mengizinkan-Nya," katanya. Shakilla berkongsi perkara itu melalui satu hantaran di Instagram miliknya pada petang Isnin. Pada 15 Disember tahun lalu, bekas suami Shakilla iaitu penyampai radio Fizi Ali memfailkan tuntutan hadanah terhadap Shakilla berhubung hak penjagaan anak perempuan mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri enggan perbalahan berpanjangan, gembira anak bakal bertemu Fizi Ali 1 Mac - “Lagi cepat ambil pun tak mengapa” ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali positif kes hadanah selesai secara baik, mahu Ameena dapat kasih sayang sama rata Kata Fizi, tindakannya memfailkan hadanah bukan untuk berebut anak sebaliknya hanya mahu anak perempuanya itu mendapat kasih sayang sempurna. Untuk rekod, Shakilla sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyampai radio Fizi Ali pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan perceraian pada Disember 2021. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!