suria

“Ini bukan pertandingan” - Fizi Ali dan Shakilla Khoriri capai kata sepakat isu hadanah

Fizi mahu Ameena mendapat kasih sayang sepenuhnya dari ibu dan ayah.

PENYAMPAI radio Fizi Ali menegaskan tidak timbul isu merebut hak jagaan anak antara dia dan bekas isteri iaitu pelakon Shakilla Khoriri.

Sebaliknya kata Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 35, dia hanya mahukan anaknya Ameena Sofia mendapat kasih sebaiknya meskipun sudah berpisah dengan Shakilla.

“Sekali lagi saya nak tekankan, saya bukan merebut hak jagaan. Cuma hak melawat, bermalam dan hak untuk Ameena mendapat kasih sayang sama rata,” katanya.

FIZI2 - 1

Fizi dan bekas isteri capai sepakat untuk menjaga anak mereka bersama.

Fizi menulis perkara tersebut di Instagram miliknya pada Isnin.

Kenyataan tersebut sekaligus menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia kalah dalam kes hadanah di mahkamah selepas Shakilla mendapat hak penjagaan interim (sementara).

Tambah Fizi dia dan aktres berkenaan juga telah mencapai kata sepakat berhubung perkara berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri dapat hak penjagaan sementara anak, akan buat apa sahaja untuk Ameena

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali positif kes hadanah selesai secara baik, mahu Ameena dapat kasih sayang sama rata

“Ada yang DM (direct messege) gelak padan muka kalah. Ini bukan pertandingan kalah atau menang.

“Hadanah interim dah selesai atas persetujuan baik kedua-dua belah pihak dan budi bicara peguam masing-masing.

“Terima kasih kerana untuk Ameena kita perbetulkan dan perbaiki mana yang perlu,” jelasnya.

Dalam masa sama dia juga memberi bayangan sudah mendapat keputusan bersama untuk hadanah induk dan bakal menyelesaikan perkara tersebut di mahkamah dalam masa terdekat.

“Dari awal saya memang dah setuju dan beri hak jagaan kepada ibunya (Shakilla). Kami melalui peguam telah mencapai persetujuan tentang hak jagaan dan lawatan. Bukan interim tetapi yang kekal juga.

FIZI1 - 1

Fizi bersyukur mendapat hak penjagaan bersama.

“Orang yang cakap kalah, mereka tak faham. Tiada keperluan untuk saya fahamkan. Yang penting syukur saya dapat hak saya bersama Ameena,” ujarnya.

Untuk rekod, Shakilla dan Fizi Ali berkahwin pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan perceraian mereka pada Disember 2021.

Pada 15 Disember tahun lalu, Fizi memfailkan tuntutan hadanah terhadap Shakilla berhubung hak penjagaan Ameena yang kini berusia 5 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain