suria

Siap kerja sekolah baru menyanyi, Asyraff Khan mahu jadi seperti Amy Search

Asyraff berusaha melakukan latihan vokal setiap hari.

MEMULAKAN kerjaya seni di usia muda bukanlah mudah tetapi penyanyi cilik Asyraff Khan bijak seimbangkan di antara pelajaran dan nyanyian.

Kata Asyraff atau Amirul Asyraff Khan Hamimi Shamsul, 12, walaupun sibuk dengan tugasan di sekolah namun dia tetap akan memperuntukkan masa untuk berlatih vokal pada setiap hari.

"Saya pergi sekolah seperti biasa setiap pagi kemudian saya akan buat latihan vokal pada waktu malam pula.

Copy of Untitled - 2024-05-11T173215.050

Asyraff mengakui pelajarannya tidak terganggu.

"Saya akan cuba siapkan segala kerja sekolah waktu petang sebelum latihan bermula. Dalam kereta atau dekat rumah pun saya boleh buat latihan," katanya ketika dihubungi mStar.

Jelasnya, walaupun jadualnya padat dengan jemputan nyanyian hingga lewat malam namun itu tidak menjadi alasan untuk dia tidak hadir ke sekolah.

"Kalau ada jemputan persembahan, kadang-kadang sampai lewat malam baru habis, hari berikutnya saya akan tetap pergi sekolah seperti biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rindu Hatiku Rindu’ trending nombor satu, nama penyanyi cilik Tantari mula dikenali ramai... “Suara unik berjiwa rock”

ARTIKEL BERKAITAN: Nak hilang rasa takut, kanak-kanak nyanyi lagu ‘Jangan Mati Rasa Itu’ ketika disuntik... Reaksi Aina Abdul curi perhatian

"Alhamdulillah, setakat ini pelajaran saya tak terganggu," ujarnya.

Asyraf merupakan artis muda di bawah naungan FMC Music yang digilap bakatnya sejak berusia 10 tahun menerusi beberapa pertandingan nyanyian.

Antaranya Jejak Juara 2022, Bintang Kecil 2022 dan program The Chosen One yang bersiaran di Astro.

Sementara itu, penyanyi itu memberitahu dia sangat mengidolakan vokalis kumpulan Search iaitu Datuk Amy Search.

Copy of Untitled - 2024-05-11T173232.136

Tampil berduet dengan Afieq Syazawan dalam single Langkah Seiringan.

Menurutnya, dia terinspirasi untuk menyanyi apabila melihat cara naynyian Amy yang mampu membuat penonton terkesima.

"Saya ada ramai penyanyi yang saya minat tetapi yang paling idolakan ialah Amy Search.

"Dia punya cara nyanyian tarik tinggi itu memang luar biasa, kadang-kadang bila dengar tu saya boleh rasa meremang.

Memulakan langkah yang baik, Asyraff tampil dengan single berjudul Langkah Seiringan bersama penyanyi Afieq Syazwan dan telah memperoleh 1.9 juta tontonan di YouTube.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain