suria

Giliran Daiyan Trisha pertahan diri, tunjuk bukti buat sumbangan ke tabung Palestin cecah RM100,000

Daiyan pamer resit sebagai bukti sentiasa bersama Palestin.

SELEPAS namanya muncul dalam senarai boikot susulan gerakan Blockout2024, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha tampil membersihkan namanya selepas didakwa antara selebriti menjalinkan kerjasama dengan produk pro Israel.

Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 31, menjelaskan dia tidak pernah melupakan nasib menimpa saudara Islam di Palestin dan mempunyai cara tersendiri dalam membela nasib mereka.

Apa paling penting kata Daiyan, Allah mengetahui apa dilakukan dan meminta maaf jika caranya tidak bertepatan jangkaan orang ramai.

NP-75

Empat resit dikemukakan Daiyan sebagai bukti dia sentiasa bersama Palestin.

"Allah tahu. Setiap orang ada cara dan ujian masing-masing. Reda Allah, Dia sahaja yang tahu.

"Saya tidak pernah sesekali lupa akan saudara saya di Palestin. Saya minta maaf jika cara saya tak bertepatan dengan apa yang and mahukan," katanya.

Daiyan berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instastorynya pada malam Isnin.

Pada hantaran tersebut, Daiyan turut berkongsi resit pembayaran sumbangan bantuan Palestin menerusi empat badan berbeza bagi membantu mangsa perang di bumi bergolak itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri enggan perbalahan berpanjangan, gembira anak bakal bertemu Fizi Ali 1 Mac - “Lagi cepat ambil pun tak mengapa”

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali positif kes hadanah selesai secara baik, mahu Ameena dapat kasih sayang sama rata

Jumlah keseluruhan sumbangan tersebut mencecah RM100,000.

Dalam pada itu, Daiyan memberitahu dia terima dengan hati terbuka semua kritikan yang dilemparkan kepadanya sejak kebelakangan ini.

Namun kata Daiyan, ia tidak sama sekali mematahkan semangatnya untuk terus memberi sokongan kepada mereka yang sedang berjuang di Palestin.

"Tidak mengapa, saya terima segala kecaman. Sila teruskan perjuangan anda untuk saudara-saudara kita di Palestin dengan pelbagai upaya kerana itu yang paling penting.

Allah tahu. Setiap orang ada cara dan ujian masing-masing.

DAIYAN TRISHA

PELAKON DAN PENYANYI

"Ini cara yang saya termampu buat masa ini berdasarkan situasi dan keadaan. Saya minta maaf.

"Saya akan cuba untuk berusaha dengan lebih baik lagi. Segala doa untuk Palestin," jelasnya.

Gerakan berkenaan bermula di pertunjukan fesyen tahunan, Met Gala 2024 yang berlangsung di Muzium Seni Metropolitan New York pada 6 Mei lalu bagi menunjukkan bantahan terhadap selebriti membisu mengenai penindasan Zionis terhadap Palestin.

Disebabkan gerakan tersebut, bintang realiti Kim Kardashian hilang tiga juta pengikut media sosialnya diikuti Blackpink, Taylor Swift dan Selena Gomez.

NP-74

Nama Daiyan turut tersenarai dalam gerakan Blockout 2024.

Gerakan tersebut disambut baik oleh netizen Malaysia yang juga menyenaraikan beberapa nama artis yang dipercayai melakukan kerjasama dengan jenama pro Zionis.

Antara selebriti Malaysia yang tersenarai adalah Siti Saleha, Nabila Razali, Nadhir Nasar, Mira Filzah, Neelofa, Awal Ashaari, Scha Alyahya dan ramai lagi.

Rata-rata netizen mula menyahikut dan menyekat media sosial selebriti kegemaran mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan