suria

Bukan dah tak laku, Riz Amin ceburi perniagaan mahu keluarga hidup selesa

Riz mempunyai impian besar untuk beri kesenangan buat keluarga.

BUKAN sudah tak laku, pelakon Riz Amin melibatkan diri dalam bidang perniagaan sejak lima tahun lalu kerana mahu menjana pendapatan tambahan.

Memulakan karier lakonan sejak 2004, Riz atau Norizam Amin Nordin, 39, berkata, sebagai ketua keluarga dia mahu menaiktaraf kehidupan keluarga bagi memastikan mereka hidup selesa.

"Industri seni memang indah tetapi saya ada impian lebih besar demi masa depan bersama isteri dan anak-anak.

riz2 - 1

Riz kini aktif dalam urusan perniagaan.

"Apabila saya fikir semula, lakonan itu minat tetapi saya perlu lakukan sesuatu demi menaiktaraf kehidupan menjadi lebih baik.

"Bukan jadi artis tak boleh cari makan tetapi kalau nak pendapatan yang besar, maka kena berusaha lebih," katanya kepada mStar.

Riz berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun kelima dan pelancaran produk AG Leanz di Shah Alam pada Ahad lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh 'scammer' gara-gara bisnes didakwa tiada produk, Riz Amin tak patah semangat bantu usahawan baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Sering bertanya khabar cara Riz Amin dapatkan 'job' - "Kerja kita macam meniaga... kalau malu rugi!"

Dalam pada itu, Riz juga memberitahu dia kini turut memegang jawatan sebagai pengarah global bagi sebuah jenama produk kesihatan keluaran tempatan.

Riz memberitahu cakap-cakap mengatakan dia kini seorang jutawan susulan kerap mempamer kemewahan di media sosial sebagai doa dan bakal menjadi kenyataan satu hari nanti.

"Allahuakbar, Amin. Doa-doakan. Segala-galanya dari Allah SWT atas rezeki ini. Untuk berada pada tahap sekarang, banyak kena belajar.

Saya ada impian lebih besar demi masa depan bersama isteri dan anak-anak.

RIZ AMIN

PELAKON

"Kalau mahu berjaya, nak bergelar jutawan kena rajin. Kalau nak mengharapkan satu kerja saya pun tidak boleh juga," ujarnya.

Walaupun sibuk dengan perniagaan, Riz masih meneruskan karier sebagai anak seni seperti biasa malah masih aktif berlakon.

"Saya masih lagi berlakon kalau kena dengan masa dan situasinya. Tidaklah berhenti terus.

riz1 - 1

Majlis pelancaran produk AG Nutrition berlangsung meriah dengan kehadiran pelakon Rozita Che Wan (kiri).

"Pada saya tiada masalah buat beberapa kerja, apatah lagi sekarang semua benda di hujung jari," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Riz kini sibuk menguruskan perniagaan AG Nutrition termasuk melancarkan produk terbaharu yang memberi fokus kepada penjagaan dan pengurusan berat badan.

Ia diformulasi dengan gabungan unik bahan semula jadi yang setiap satunya dipilih dengan berhati-hati dalam membantu penurunan berat badan dan kesihatan secara keseluruhan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain