DI SEBALIK wajah dan perwatakan ceria, siapa sangka penyanyi dan penyampai radio Dina Nadzir juga berdepan dengan masalah tekanan sehingga memberi kesan besar pada dirinya sendiri. Dina atau Faradina Mohd Nadzir, 39, berkata, dia mula menyedari perkara tersebut sejak tahun lalu apabila sering berasa tiada motivasi dan hilang fokus dalam melakukan aktiviti harian. Malah kejadian serupa berulang sekitar Mac lalu membuatkan dia nekad menukar gaya hidup. "Pertama kali berlaku tahun lalu, saya boleh menangis tanpa sebab selain rasa malas nak bekerja. Dina berkongsi masalah tekanan yang dialami. "Tahun ini sekali lagi berlaku. Saya rasa tak tenang dan resah. Otak macam tak boleh nak proses apa saya buat setiap hari. "Saya pernah berjumpa seorang psikiatri secara tidak sengaja, rupanya saya mengalami kemurungan sederhana," katanya kepada mStar. Dina ditemui ketika majlis anjuran Suria Records yang berlangsung di Cheras, Selangor pada Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tongkat milik arwah bapa kekuatan Dina Nadzir teruskan persembahan di GV9 ARTIKEL BERKAITAN: [V] Peti suara ‘rabak’ punca persembahan tak konsisten, Dina Nadzir berisiko tak boleh menyanyi selamanya Enggan membiarkan perkara itu memakan dirinya, Dina nekad membuat perubahan termasuk penampilan diri selain melakukan aktiviti baharu supaya tidak berasa sunyi. Malah bekas peserta Gegar Vaganza (GV) ini turut mengamalkan pemakanan sihat dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram. "Kemurungan juga buat saya ambil langkah untuk berubah dan perkara pertama saya buat adalah potong rambut. Tahun ini sekali lagi berlaku... saya rasa tidak tenang dan resah. DINA NADZIR PENYANYI/PENYAMPAI RADIO "Saya amalkan diet dan Alhamdulillah berat badan saya dah turun sebanyak 10 kilogram dalam tempoh lebih sebulan. "Sekarang saya sasar nak capai berat badan bawah 100 kilogram," katanya. Tidak hanya itu, Dina juga berazam mahu mengambil lesen motosikal dan menyelam yang sudah lama berada dalam senarainya. "Sebelum ini saya banyak ketinggalan apabila melakukan aktiviti bersama rakan-rakan. Jadi selepas ini saya nak ambil lesen menyelam dan motosikal," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!