suria

Ning Baizura perjelas isu tanya ‘siapa’ Rafah, kecewa video disunting sehingga jadi kecoh

Ning tampil membela diri mengenai isu sedang hangat.

SELEPAS dituduh tidak peka dengan isu melanda Palestin, penyanyi Ning Baizura tampil menjelaskan situasi sebenar mengenai reaksi spontannya yang bertanya 'siapa Rafah' semasa melakukan video siaran langsung di Instagram miliknya pada 14 April lalu.

Ning atau Ning Baizura Sheikh Hamzah, 49, berkata, dia tidak sengaja memberikan tindak balas tersebut selepas mengalami kesukaran menyebut nama peminat sebelum itu.

"Kalau awak ada peluang untuk menonton keseluruhan video itu pasti awak tahu apa yang berlaku dan saya ada kongsi di Instagram saya.

ning 1

Nama Ning hangat menjadi bualan netizen.

"Ketika peminat meminta lagu, saya membaca komen yang keluar dan pada ketika itu secara khususnya saya bercakap nama penonton yang sukar disebut.

"Semasa saya baca komen peminat, saya tanpa sengaja saya beri reaksi seperti itu. Saya tak bermaksud untuk mempersenda situasi dan tempat itu dan sebab itu saya cakap 'siapa itu' bukan 'apa itu'," katanya.

Ning berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada malam Jumaat.

Penyanyi Awan Yang Terpilu itu mengakui kecewa sikap segelintir netizen yang menyunting video tersebut sehingga menyebabkan kekecohan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Who’s that?” - Dituduh tak cakna tentang ‘All Eyes on Rafah’, IG Ning Baizura diserang netizen

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah 48 tahun tapi masih steady”... Persembahan bertenaga Ning Baizura dipuji, peminat terkejut sangka artis luar negara

Menurut Ning, dia juga dalam diam membantu rakyat Palestin namun enggan menguar-uarkan pebuatannya itu.

"Saya rasa perkara kecil ini telah tular tanpa mengetahui situasi yang sebenarnya. Sangat mudah bagi orang lain untuk sunting seperti yang tular.

"Terus terang saya tidak berniat hendak menyakiti sesiapa pun kerana saya tahu apa yang berlaku di Palestin sebab saya banyak menyumbang bagi pihak saya.

"Cuma benda-benda amal ini tidak perlu diuar-uarkan semuanya datang dari hati kita," katanya lagi.

Sebagai manusia kita berhak untuk mendengar kedua-dua belah pihak.

NING BAIZURA

PENYANYI

Jelasnya sejak video berkenaan tular, orang ramai mengecamnya di media sosial malah tidak adil sekiranya mereka tidak mendengar penjelasan darinya.

"Saya di sini bukan ingin memberi alasan tapi sebagai manusia kita berhak untuk mendengar kedua-dua belah pihak sebelum menyerang Instagram saya menggunakan kata-kata kasar.

"Segelintir peminat saya keluar memberikan kenyataan terima kasih untuk sokongan itu dan yang tidak mengikuti saya keluarkan pelbagai perkataan tidak sedap didengar," ujarnya.

ning 2

Ning harap penjelasan didengari ramai.

Sebelum ini, netizen kecewa dengan respon Ning yang bertanya siapa 'Rafah' ketika muncul menerusi video siaran langsung di Instagram miliknya.

Dia memberi respon spontan itu selepas penonton video siaran langsung itu meninggalkan komen 'All Eyes on Rafah'.

"All eyes on Rafah... Who's that?," katanya sambil tersenyum ketika membaca komen tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain