ANGGOTA kumpulan Shinee iaitu Onew bakal bertemu peminat menerusi Guess! Onew Fanmeeting 2024 in Malaysia pada 27 Julai depan. Pertemuan bersejarah Onew atau Lee Jinki, 35, adalah yang pertama di negara ini selepas 16 tahun membabitkan diri dalam dunia hiburan. Acara yang ditunggu-tunggu peminat setia Onew itu bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam. Onew menjanjikan pengalaman seperti temu janji pertama kepada peminat. Wakil MND Sport & Event Sdn Bhd iaitu Harith Daniel, acara itu dianjurkan bertujuan memberi ruang kepada bintang kpop itu beramah mesra bersama peminat di Malaysia. "Kami sebagai penganjur akan memastikan Guess! Onew Fanmeeting 2024 in Malaysia memenuhi jangkaan 'temu janji pertama' peminat dengan sepenuh hati," katanya dalam satu kenyataan kepad mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Booklet album Taemin SHINee macam buku lucah! Peminat kecam aksi berahi atas katil, foto ‘spender’ atas lantai ARTIKEL BERKAITAN: Kes gangguan seksual Onew 'SHINee' ditutup Selain sesi ramah mesra, Onew juga bakal menghadiahkan sebuah kejutan besar buat peminat yang hadir ke fan meeting berkenaan. Peminat yang ingin merasai pengalaman bertemu dengan bintang pujaan mereka boleh dapatkan tiket menerusi laman MyTicketAsia. Tiket bermula dari harga RM899 (VIP SOUNCHECK), RM858 (SEAT), RM558 (CAT1), RM358 (CAT2), RM258 (CAT3). Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!