suria

Fathia Latiff derita skizofrenia, mohon maaf secara terbuka kepada ibu

Fathia dedah punca dirinya bertingkah laku aneh.

SELEPAS mencetuskan pelbagai kontroversi, pelakon Fathia Latiff secara terbuka mendedahkan dia menderita gangguan mental dikenali sebagai skizofrenia.

Fathia atau Nur Fathia Abdul Latiff, 37, bagaimanapun tidak memperincikan tentang gangguan tersebut namun memberitahu ia sudah banyak membebankan ibunya.

Susulan itu, pelakon itu turut memohon maaf kepada ibunya iaitu Badriyah Hassan kerana sudah menyusahkannya dan berterima kasih atas pengorbanan yang dilakukan untuknya.

fathia sakit

Fathia secara terbuka kongsi keadaan dirinya.

"Saya benar-benar kesal kerana membebankan awak dengan penyakit skizofrenia dan tidak berniat menyusahkan ibu.

"Saya berjanji akan buat lebih baik supaya hubungan kita kembali seperti dulu," katanya menerusi Instagram pada Jumaat.

Fathia turut berkongsi foto lama bersama ibunya ketika dia berusia 23 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff minta henti berdebat tentangnya, saran netizen dengar ceramah agama

ARTIKEL BERKAITAN: Fathia peluk ‘anak ikan’, netizen pesan jangan tangkap muat

Berkongsi lanjut mengenai ibunya, Fathia memberitahu wanita itu seorang yang garang namun sedar tidak mudah membesarkan anak sepertinya.

"Terima kasih kerana menjaga, melindungi dan mendidik saya yang tentunya bukan satu tugas mudah," katanya.

Penyakit skizofrenia adalah masalah mental kronik yang mengakibatkan pemikiran penderitanya berkecamuk dan tidak dapat membezakan realiti.

Mereka cenderung mempamer tingkah laku pelik kerana mendengar suara dan membayangkan perkara yang tidak benar, paranoid dan mudah marah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain