suria

[V] Hilang wang tiada bandingan dengan nyawa, Ryzal Ibrahim ikut jejak langkah Daiyan Trisha

SELEPAS Daiyan Trisha membatalkan kontrak bersama jenama pro Israel, personaliti media sosial Ryzal Ibrahim mengambil langkah sama.

Malah Ryzal atau Nik Muhammad Ryzal Ibrahim, 32, sudah menolak tawaran bekerjasama dengan beberapa jenama besar sejak bulan lalu.

"Ini adalah tawaran yang kami tolak bulan lepas, kami pun menolak mana-mana jenama (setakat yang kami tahu) yang bersangkut-paut dengan Israel.

Copy of Untitled - 2024-05-17T110406.321

Ryzal menjelaskan perakara itu menerusi InstaStory pada Jumaat

"Kontrak terakhir yang kami tandatangani dengan produk pro-Israel akan dihentikan," katanya.

Ryzal menjelaskan perkara itu dalam sebuah hantaran di InstaStory pada Jumaat.

Dalam pada itu, Ryzal memberitahu dia tidak kisah kehilangan wang asalkan tidak mempromosikan produk menyokong kekejaman Zionis.

Jelasnya, tiada guna mendoakan keselamatan penduduk Palestin setiap hari sekiranya masih mengambil keuntungan dari jenama-jenama tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Daiyan Trisha buat tindakan drastik, batal kontrak bersama jenama antarabangsa

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka sengaja masuk gereja, lawatan Ryzal Ibrahim ke pusat pemikiran Islam kena kecam - “Perangai jahil ubat dia pendidikan”

"Hilang RM30K atau RM300K tak ada erti nak dibandingkan dengan hilang nyawa di Gaza.

"Walaupun tak dapat lawan kekejaman Israel, sekurangnya kami tidak mempromosikan produk mereka.

"Tiada guna kami bangun awal pagi setiap subuh untuk mendoakan penduduk Palestin tetapi masih menerima wang dari perniagaan yang bersangkut dengan Israel," jelasnya.

Sebelum ini, nama Ryzal dan isterinya Maryam You Narae menjadi perhatian apabila tersenarai dalam kempen Blockout2024.

Copy of Untitled - 2024-05-17T110443.090

Ryzal dan isterinya, Maryam tersenarai dalam gerakan Blockout2024.

Gerakan ini bertujuan memboikot selebriti yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.

Selain Ryzal, antara selebriti Malaysia yang tersenarai adalah Nadhir Nasar, Nabila Razali, Mira Filzah, Siti Saleha, Neelofa, Awal Ashaari, Scha Alyahya dan ramai lagi.

Rata-rata netizen mula menyahikut dan menyekat media sosial selebriti kegemaran mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain