suria

Fathia Latiff minta henti berdebat tentangnya, saran netizen dengar ceramah agama

Fathia saran netizen dengar ceramah daripada berkata buruk tentangnya.

PELAKON Fathia Latiff meluahkan rasa tidak selesa apabila netizen bertindak meninggalkan komen kurang baik dan saling berdebat antara satu sama lain di ruangan komen Instagram miliknya.

Kata Fathia atau Nur Fathia Abdul Latiff, 37, jika netizen tidak suka dengan perkongsiannya, dia menasihati mereka agar melakukan perkara yang lebih berfaedah seperti mendengar ceramah agama.

"Korang, pergi buat kerja masing-masing and get your life. Jika kalian tidak suka posting di Instagram saya, pergi tempat lain dan abaikan.

size NP 1 - 2024-05-17T101043.571

Fathia meluahkan rasa kurang senang itu di Instastory miliknya.

"Kalian tidak perlu berdebat di ruangan komen posting saya. Sebab saya rasa perkara itu menjengkelkan.

"Kalau rasa tidak selesa atau tidak suka, kalian boleh pergi dengar ceramah ustazah. Kalau rasa korang baik sangat nak komen fasal orang lain.

Fathia berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu hantaran video di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, aktres itu juga berkata dia penat melayan sikap segelintir manusia yang berpura-pura baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Fathia peluk ‘anak ikan’, netizen pesan jangan tangkap muat

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut netizen Fathia Latiff kongsi foto pipi dicium lelaki mat salih, siap tulis kapsyen ‘hati’

Malah Fathia terima jika diberi nasihat dengan cara yang betul dan tidaklah sehingga perlu berkata buruk.

"Sebab saya penat dengan orang yang acah-acah baik. Korang pun belum tentu lagi nak masuk syurga atau neraka. Boleh nasihat tapi jangan sampai hina-hina.

Terbaharu, perkongsian foto Fathia berpelukan bersama seorang lelaki mendapat perhatian netizen di media social.

Rata-rata memberikan kritikan yang negatif mengenai perkongsian tersebut.

size NP 1 - 2024-05-17T100710.555

Foto Fathia dipeluk seorang lelaki mengundang kecaman netizen.

Januari lalu, Fathia menjadi perhatian apabila kerap berkongsi foto mesra dengan seorang lelaki ketika bercuti di Jepun.

Lebih panas apabila lelaki yang tidak diketahui identitinya dilihat dengan jelas mencium pipi aktres tersebut.

Bagaimanapun beberapa hari selepas itu, Fathia berkongsi pula foto dengan lelaki berbeza sehingga didakwa menyewa lelaki bagi menemaninya ketika bercuti.

Fathia juga dilihat bersama beberapa lelaki berbeza selepas pulang ke Malaysia namun tidak dapat dipastikan sama ada mereka teman istimewa atau sekadar rakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain