SUSULAN kenyataan dikeluarkan pelakon Azhar Sulaiman mengenai Palestin, pempengaruh media sosial Kasih Iris Leona menegaskan pendiriannya berbeza dengan bapanya itu. Leona, 22, berkata, walaupun Azhar adalah bapanya namun dia sendiri tidak faham dengan pemikiran Azhar dan enggan dikaitkan dengan kenyataan aktor tersebut. "Pendapat ayah saya tidak mencerminkan pendirian saya dan saya sangat menentang Israel dengan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Palestin. Kenyataan Leona di laman X miliknya. "Pandangan kami berbeza dalam pelbagai perkara dan saya sendiri gagal memahami cara dia berfikir. "Jadi tolong jangan anggap hanya kerana kita mempunyai pertalian darah, kita ada pandangan yang sama," jelasnya. Leona berkongsi perkara itu menerusi laman X miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Kasih Leona terkejut ditegur pelat cakap Melayu, anggap pertuturan sudah sempurna ARTIKEL BERKAITAN: Ada sebab Azhar Sulaiman beri pendapat setiap kali timbul isu viral, pelik netizen tak boikot artis mulut jahat Dalam pada itu, Leona berkata, pengalaman berkunjung ke Palestin sebelum ini membuka mata dia melihat sendiri kekejaman yang dilakukan Zionis. Malah katanya, kekejaman itu sudah lama berlarutan dan ia bukan hanya tentang kejadian 7 Oktober tahun lalu. "Saya sedar kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan mengakui bahawa pembunuhan beramai-ramai ini sudah bermula sebelum 7 Oktober," katanya. Sebelum ini, Azhar menerima kecaman netizen apabila meluahkan pendapat bahawa artis Malaysia yang lantang bersuara mengenai isu boikot agar berpindah ke Gaza dalam membantu rakyat Palestin yang kini dalam peperangan. Kongsi Azhar, rakan artis hanya lantaang bersuara melakukan gerakan boikot sedangkan mereka juga hidup gembira di tanah air sendiri. Bagaimanapun, pelakon filem Abang 92 itu dilaporkan sudah memadam hantaran tersebut di Instagram miliknya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!