RASA terpanggil dan bertanggungjawab memperbetulkan keadaan, pelakon dan penyanyi Aqasha menegaskan dia bukan penyokong kekejaman Zionis seperti didakwa segelintir pihak. Aqasha atau Firdee Akassya Rosli, 42, sebaliknya memberitahu dia sendiri mengutuk tindakan tidak berperikemanusian Israel terhadap Palestin sejak 75 tahun lalu. "Saya bukan penyokong Israel malah tidak guna atau menjadi wakil produk mereka. Atay setuju dengan apa mereka lakukan. Itu fitnah yang dilemparkan di ruang komen Instagram saya. "Tapi saya tak boleh diam kerana ia melibatkan imej saya pada masyarakat dan perlu jelaskan pendirian saya," katanya. Aqasha tampil pertahankan diri menerusi kenyataan video yang dibuat di Instagram miliknya. Aqasha meluahkan rasa kesal itu melalu satu hantaran video di Instagram miliknya pada awal pagi Jumaat. Ia susulan Aqasha dikecam netizen susulan kenyataannya mempersoalkan gerakan Blockout 2024 di Instagram miliknya. Kata pelakon filem Embun ini, tiada siapa berhak mempersoal keputusan orang lain sama ada mahu menolong atau pun sebaliknya. Jelas Aqasha, apa cuba disampaikan apabila membangkitkan isu gerakan tersebut adalah tentang toleransi masyarakat Malaysia yang dilihat semakin berkurangan. ARTIKEL BERKAITAN: Daiyan Trisha buat tindakan drastik, batal kontrak bersama jenama antarabangsa ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini tak sempat layan rasa penat bergelar ibu tunggal, susah payah akhirnya berbaloi - "Ada masa nyawa-nyawa ikan juga" "Kalau nak sekat artis Hollywood yang terang-terangan sokong Israel itu lain cerita. Tapi kita bercakap tentang orang Malaysia, sesama Melayu dan Islam. "Kurang sangat ke toleransi kita? Adakah itu didikan junjungan Nabi kita? "Bila nampak posting itu saya tertanya dan pelik kerana sebelum ini dibanjiri cerita buka aib macam penyondol," katanya. Dalam pada itu, Aqasha turut menyelar penggunaan bahasa oleh netizen di media sosial sebagai kasar dan ia langsung tidak melambangkan ajaran Islam. Pesannya kepada netizen agar menjaga lidah sebelum mengeluarkan kata-kata kerana setiap perlakuan itu akan ditanya di akhirat kelak. "Kita nak bantu saudara di Palestin supaya satu dunia nampak perangai sebenar Israel. Tapi sayang sekali kita di Malaysia cuba bawa kebenaran tapi guna kata-kata kasar, keji, maki. Aqasha nasihat supaya netizen jaga lidah sebelum berkata-kata. "Itu tidak melambangkan Islam. Kita kalau tak jaga lidah, tiada guna hidup kita ni. Sebab perlu bertanggungjawab apa yang kita cakap di padang mahsyar," ujarnya. Aqasha juga meminta orang ramai tidak terus menjatuhkan hukum atau mendahului kerja Tuhan kerana pengakhiran seseorang itu berbeza. "Bila tak bagi muka pada saudara sesama Islam sebab jadi duta kepada pihak Zionis, itu perjalanan mereka. "Kita tak tahu pengakhiran mereka di mana. Jangan mendahului kerja Tuhan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!