suria

Tolak kerjasama jenama terkemuka, kawan sendiri anggap Yuna tak waras

Yuna kongsi pengalaman tolak kerjasama dengan jenama terkemuka.

PENYANYI Yuna pernah dianggap tidak waras apabila mengambil keputusan menolak kerjasama dengan sebuah jenama terkemuka pada penghujung tahun lalu.

Yuna atau Yunalis Mat Zarai, 38, berkata, ramai merasakan keputusan itu tidak bagus untuk kariernya namun tetap bulat hati dengan pendiriannya.

"Saya pernah beritahu rakan-rakan di Los Angeles dan Kuala Lumpur tentang keputusan berhenti bekerjasama dan memakai jenama 'Z' pada November 2023.

yuna 13

Yuna terus menerus bersuara mengenai Palestin.

"Ada rakan kata saya gila dan ia tidak bagus untuk saya, malah ada di antara mereka menukar topik perbualan apabila saya beritahu melihat foto menyayat hati dari Gaza," katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Dalam pada itu, Yuna berkata, walaupun mungkin sukar namun semua orang perlu bersatu hati dalam menunjukkan solidariti terhadap Palestin.

Kata Yuna, perkara itu tidak akan berhasil jika ia hanya dilakukan oleh sebelah pihak dan semua orang perlu berkorban.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan rambut tapi topi berbulu... Yuna kini hanya kerjasama dengan pereka fesyen bersuara mengenai Palestin

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan KL tapi Kuching... Yuna ada sebab pilih Sarawak sebagai lokasi konsert jelajah Asia

"Ada lelaki mengambil foto saya memakai rantai tembikai (bendera Palestin) untuk menakut-nakutkan saya.

"Instagram juga meminta peminat melaporkan akaun saya. Kita semua kena korbankan sesuatu.

"Ia tidak akan menjadi jika peminat memboikot restoran makanan segera dan kami mempromosikan beg $10,000. Kita kena bersatu," katanya.

yuna 2

Netizen tumpang bangga dengan tindakan Yuna.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menyokong tindakan Yuna yang dianggap sebagai berani.

"Bangga dengan Yuna, awak hebat!

"Setiap kali anda melepaskan sesuatu kerana Allah, Allah memberi anda sesuatu lebih baik

"Yuna, tolong buat lagu tentang Palestin dan kami akan jadikan lagu paling itu terkenal di dunia," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain