BEKAS pembantu peribadi (PA) Mizz Nina iaitu Nur Haniza Mohd Azhar bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap penyanyi itu selepas mendakwa diberhentikan kerja secara tidak adil tanpa alasan kukuh. Peguam yang mewakili Haniza iaitu Mohamad Nasruddin Ab Rahman berkata, sehingga kini anak guamnya masih belum menerima sebarang pampasan seperti yang dijanjikan dalam surat pemberhentian iaitu pada hari terakhir bekerja, 30 April lalu. "Surat pemberhentian itu diberi pada 6 Mac lalu jadi bayaran gaji pada Mac dan April perlu dibuat seolah-olah dikira dia masih bekerja. "Apabila pihak Nina menyerahkan surat penamatan pekerjaan, mereka berjanji membayar pampasan sebelum 30 April. Mizz Nina bakal berdepan tindakan undang-undang. "Tapi selepas 30 April pun anak guam saya masih belum menerima apa-apa bayaran," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu. Meskipun Haniza tidak pernah diberikan kontrak kerja secara bertulis, Nasruddin berkata tindakan undang-undang masih boleh dilakukan kerana kedua-duanya mempunyai hubungan sebagai majikan dan pekerja. "Anak guam saya boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap Nina walaupun tiada kontrak bertulis sebelum ini kerana hubungan antara pekerja dan majikan masih wujud. "Disebabkan itu anak guam saya bercadang untuk mengambil tindakan kerana diberhentikan kerja secara tidak adil," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Mizz Nina ada dokumen penjaga tunggal anak angkat, Noh tak perlu buat tuntutan hak penjagaan bersama ARTIKEL BERKAITAN: Mizz Nina ada kuasa tentu hak lawatan anak angkat kepada Noh, peguam perjelas punca kes hadanah ditarik balik Sementara itu, Nasruddin memaklumkan sebelum ini Haniza dan Mizz Nina pernah mengadakan perbincangan, namun syarat yang diberikan tidak dipersetujui anak guamnya kerana disifatkan sebagai berat sebelah. "Sebelum ini ada perbincangan dibuat iaitu sebelum anak guam saya menerima notis pemberhentian kerja. "Tapi syarat-syarat yang dikemukakan dilihat berat sebelah dan tidak dipersetujui oleh Haniza. "Disebabkan itu Nina keluarkan surat pemberhentian sebelah pihak dan sebagai majikan apabila sudah mengeluarkan surat penamatan tempoh bekerja, pekerja sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi," jelasnya. Apabila pihak Nina menyerahkan surat penamatan pekerjaan, mereka berjanji membayar pampasan sebelum 30 April. MOHAMAD NASRUDDIN AB RAHMAN PEGUAM Dalam pada itu, Nasruddin berkata pihaknya akan membuat laporan aduan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPP). "Laporan perlu dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh akhir bekerja. Sekarang kami ingin pihak Nina mengambil maklum tentang perkara ini. "Difahamkan Nina juga tidak berada di Malaysia kerana selepas aduan dibuat JPP akan memberi satu tarikh untuk perbincangan kedua belah pihak," katanya. Nasruddin peguam yang mewakili bekas pembantu peribadi Nina. Pada pagi Sabtu, Haniza menerusi kenyataan media kepada mStar meluahkan rasa kesal kerana diberhentikan sebagai pembantu peribadi selepas 11 tahun berkhidmat dengan penyanyi itu. Kata Haniza, sepanjang menjadi PA Mizz Nina, dia dibayar gaji sebanyak RM3,500 sebulan tetapi tidak pernah diberikan kontrak kerja bertulis, kenaikan gaji, bonus atau elaun termasuk caruman Perkeso tidak pernah dibuat. Surat pemberhentian kerja juga telah dikeluarkan pada 6 Mac lalu. Dalam surat itu Mizz Nina atau nama sebenarnya Sharina Azman, 44, bersedia memberikan sejumlah wang pampasan, pindah milik nama bagi kereta jenis Suzuki Swift dan bayaran pampasan akan dibuat pada 30 April lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!