KERAP berkongsi mengenai pergolakan yang berlaku di bumi Palestin, pelakon Mimi Lana berkata dia menyokong penuh gerakan Blockout 2024. Kata Mimi, 29, sekiranya kempen itu dapat memberikan tekanan kepada jenama-jenama yang sememangnya menyokong Zionis, maka gerakan itu dilihat sebagai satu langkah yang sangat baik. "Benda ini dah berlaku lama (Blockout 2024) dan saya menyedari tentang Blockout 2024. Saya rasa, rakyat Malaysia pun menyedari isu ini. Kita semua juga berpihak kepada Palestin. Mimi antara selebriti yang aktif berkongsi keprihatinan tentang isu Palestin. "Saya sokong 100 peratus, kalau benda ini dapat membantu dan memberi tekanan kepada jenama yang terang-terangan beri sokongan kepada Israel," katanya kepada mStar. Mimi berkongsi pandangannya itu ketika ditemui sewaktu Tayangan Perdana Filem The Experts di TGV Cinemas, Sunway Velocity, Kuala Lumpur pada malam Jumaat. Pelakon drama Framed bagaimanapun berharap seluruh rakyat Malaysia dapat bersatu hati dan bersama-sama membantu menyuarakan mengenai kekejaman Zionis di mata dunia. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bersederhana tunjuk kesedihan cara Mimi Lana ‘move on’, sudah memaafkan tapi belum melupakan ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Lana minta Syafiq Kyle doakannya di Makkah, letak soal jodoh pada ketentuan Allah "Tapi kita jangan buat isu ini sampai kita berpecah belah. Kita kena tahu misi kita apa, kenapa kita buat benda ini. Kita kena bersatu, sama-sama untuk tolong mereka. "Kita tahu, mereka memerlukan suara-suara kita. Jadi, bersatu la... sama-sama la ke arah yang betul," ujarnya. Gerakan Blockout2024 diwujudkan bagi memboikot selebriti yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin. Kita tahu, mereka memerlukan suara-suara kita MIMI LANA PELAKON Kempen itu disambut baik oleh netizen Malaysia yang juga menyenaraikan beberapa nama artis yang dipercayai mash bekerjasama dengan jenama pro Israel. Rata-rata netizen mula menyahikut dan menyekat media sosial selebriti kegemaran mereka. Susulan itu, ramai selebriti tempatan yang mula bersuara dan mempertahankan diri mereka termasuklah, Nadhir Nasar, Mira Filzah, Scha Alyahya, Awal Ashaari dan Daiyan Trisha. Barisan pelakon file The Experts. Dalam perkembangan lain, selepas filem Sheriff yang masih ditayangkan mendapat sambutan yang luar biasa, Astro Shaw bakal tampil dengan satu lagi karya agung menerusi filem The Experts. Filem aksi terbitan Astro Shaw bersama ZAK Capital dan TGV Pictures bakal menemui penonton bermula 23 Mei depan di pawagam seluruh negara. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!