suria

Anggota kumpulan Rabbani Nazrul Azhar meninggal dunia

Nazrul meninggal dunia di rumahnya.

ANGGOTA kumpulan nasyid Rabbani iaitu Nazrul Azhar Tamrin meninggal dunia kira-kira pukul 4.45 petang di kediamannya di Saujana Utama, Sungai Buloh pada Rabu.

Berita pemergian Nazrul disahkan rakannya yang juga anggota Rabbani iaitu Azadan Abdul Aziz.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 47 tahun.

“Saya dapat berita pemergiannya pukul 4 petang tadi dari anaknya memaklumkan Allahyarham tak sedarkan diri dan sedang menunggu ambulans untuk dibawa ke hospital.

rabbani 1

Arwah sudah lapan tahun sakit buah pinggang.

"Bagaimanapun Nazrul disahkan meninggal dunia pada 4.45 petang tadi," katanya ketika dihubungi mStar.

Berkongsi lebih lanjut, Azadan berkata, Nazrul sudah lama menderita komplikasi akibat penyakit buah pinggang sejak lapan tahun lalu.

"Buah pinggang arwah memang sudah lama rosak kedua-duanya, kami juga sudah lama rehatkan dia.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini mungkin yang pertama dan terakhir”- Rabbani bikin konsert sempena 25 tahun penglibatan dalam industri muzik

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai artis menyanyi lagu ketuhanan, Rabbani pesan jaga tingkah laku... Faham lirik, bukan hanya nak kaut untung

"Hampir lapan tahun juga dia berehat... mata juga sudah tidak kabur," kongsinya.

Kata Azadan, kali terakhir dia bertemu arwah adalah dua hari lalu bagi membincangkan kutipan dana kos rawatannya.

"Dua hari lepas sempat saya bertemu dia ketika itu tangan kirinya sedang membengkak.

"Kami sedang berpakat untuk mencari dana sebanyak RM15,000 untuk pembedahan tapi tidak kesampaian," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain