suria

‘Perlu’ hasil 2 tahun Luca Sickta & Kmy Kmo selami dunia Yonnyboii

Perlu gandingan mantap Luca Sickta, Kmy Kmo dan Yonnyboii.

BINTANG hip hop iaitu Luca Sickta, Kmy Kmo dan Yonnyboii mengambil masa selama dua tahun untuk menghasilkan karya baharu mereka berjudul Perlu.

Menurut Luca Sickta atau Shameer Ashraf Shahruddin, tempoh tersebut diperlukan bagi mencipta keserasian bersama antara mereka.

Selain itu, dia bersama Kmy Kmo atau Lukmanul Hakim terpaksa keluar dari zon selesa agar dapat menyelami dunia Yonnyboii yang sememangnya sangat asing buat mereka.

UM-KmyKymoLucaSickta-7-1

Luca dan Kmy cuba fahami dunia Yonnyboii.

"Kami bayangkan kami sendiri di dunia Yonnyboii untuk mendapat keserasian.

"Walaupun memakan masa yang agak lama dari biasa namun dengan kesefahaman antara kami ianya mampu dibina kerana initipati lagu Perlu sendiri telah memudahkan dan menyempurnakan karya kali ini,” katanya.

Jelas Luca, demo versi pertama Perlu sebenarnya dirakam pada tahun 2021 oleh Yonnyboii namun digubah kembali untuk mendapat kesimbungan dia bersama Kmy.

Malah melodi dan lirik diiilhamkan oleh mereka sendiri selaku komposer dan penulis lirik.

ARTIKEL BERKAITAN: Lapan penyanyi hip hop bergabung dalam ‘Dua Puluh’, sebar mesej pengorbanan termasuk nasihat kawan toksik

ARTIKEL BERKAITAN: Kmy Kmo dan Luca Sickta sahut cabaran gubah lagu patriotik, ‘Rahsia Petua’ gabung penyanyi pelbagai kaum dan etnik

“Proses gubahan muzik memakan masa dua tahun dan akhirnya siap di penghujung tahun 2023 setelah selesai proses rakaman bersama Kmy Kmo," jelasnya.

Sementara itu, Yonnyboii atau Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin pula memberitahu lagu tersebut diilhamkan masa lalunya agar berani berdepan dengan pelbagai ujian mendatang.

"Saya membayangkan seolah-olah saya sedang berbual dengan diri saya dari masa lalu dan sedang cuba menyelamatkannya daripada masalah yang mengelilinginya.

"Saya ingin menyampaikan bahawa kita harus selalu menikmati hari ini dan jangan ragu-ragu walau apa pun yang bakal tiba di masa hadapan," kongsinya.

UM-KKLSYB-8-1

Luca, Kmy dan Yonnyboii bakal muncul dengan pelbagai lagi karya menarik bersama.

Kmy berkata karya baharu itu ia juga ditampilkan bersama sebuah video muzik yang berkonsepkan penonjolan perspektif dua dunia berbeza dari setiap karakter yang ingin menceritakan perjalanan masing-masing.

"Ia mengisahkan tentang kita semua yang sentiasa hidup dalam dua watak yang berbeza. Bila setiap kali kita jatuh dengan watak negatif, watak positif akan hadir untuk bantu membakar semangat kita semula supaya terus yakin dalam setiap hasil usaha.

"Saya harap para pendengar dapat menghayati setiap bait-bait lirik yang sarat dengan nilai-nilai murni untuk dijadikan pelita hidup,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Sebelum

Artikel Lain