KHABAR angin tentang kehamilan Syahrini akhirnya terjawab apabila penyanyi berkenaan memaklumkan dia kini hamil tujuh bulan. Syahrini atau Rini Fatimah Zaelani, 44, berkongsi foto dia dan suami iaitu Reino Barack sedang memegang dan mencium perutnya. Kata penyanyi Indonesia itu, hasrat mereka untuk memiliki cahaya mata akhirnya tercapai. Usia kandungan Syahrini memasuki trimester ketiga. "Bismillahirrahmannirrahim, kami mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata dan ia sudah menjadi kenyataan," katanya. Syahrini berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. Menerusi perkongsian yang dibuat, Syahrini turut meletakkan tanda pagar 7 months pregnant (tujuh bulan usia kehamilan) sekali gus memberitahu usia kandungannya kini memasuki trimester ketiga. ARTIKEL BERKAITAN: Penampilan nampak berbeza berbanding foto di IG, peminat syak Syahrini sedang hamil ARTIKEL BERKAITAN: Cantik berhijab! Syahrini terlalu rindu Makkah... kini lebih rajin solat, baca Al-Quran Sebelum ini, timbul khabar angin Syahrini dikatakan sedang hamil anak pertama selepas foto terbaharunya tular di media sosial. Peminat mula membuat spekulasi Syahrini berbadan dua selepas gambarnya sedang berjalan bersama suami berjaya dirakam netizen. Netizen membuat andaian penyanyi itu hamil apabila bentuk tubuhnya kelihatan lebih berisi meskipun dalam persalinan jubah yang longgar. Untuk rekod, Syahrini mendirikan rumah tangga dengan Reino pada 27 Februari 2019 di Masjid Tokyo Camii, Tokyo, Jepun. Selepas berumah tangga, Syahrini mengambil keputusan berehat dari dunia hiburan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!