suria

Influencer Indonesia buat content burukkan Malaysia... Rossa minta ‘report’, jangan sampai rosakkan persahabatan 2 negara

Rossa menjawab isu influencer Indonesia yang didakwa memburukkan nama Malaysia.

TINDAKAN influencer dari Indonesia menghasilkan content video mengenai Malaysia yang boleh menimbulkan perbalahan di antara dua negara turut mengundang kebimbangan penyanyi Datuk Seri Rossa.

Bagi menangani isu ini, Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handayani, 46, berkata netizen dari kedua-dua negara perlu bertindak menyekat atau membuat laporan terhadap akaun media sosial yang berterusan menyebarkan kebencian.

Hal ini bagi menjaga keharmonian masyarakat dua negara yang selama ini sudah terjalin dengan baik.

rossaa3 - 1

Rossa masyarakat di Indonesia dan Malaysia kekal menjaga hubungan baik.

"Sekarang ini penggunaan media sosial begitu meluas sehinggakan sudah tidak pandang lagi kepada pendidikan.

"Tidak memandang rasa hormat terhadap orang lain. Menurut saya selaku pengguna media sosial block atau report sahaja akaun mereka.

"Bagi saya ia mengganggu keamanan dua buah negara. Jangan sampai perkara ini akan mempengaruhi persahabatan negara kita," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Rossa puji gerakan boikot di Malaysia, katanya Indonesia pun tak sekuat ini

ARTIKEL BERKAITAN: "Dia kenal saya ke?"... Dayang Nurfaizah macam tak percaya Rossa ajak berduet di Konsert Divas & Diamonds 2024

Rossa mengulas perkara itu bagi menjawab isu mengenai seorang pempengaruh media sosial berasal Indonesia yang didakwa memburukkan nama Malaysia secara umum.

Dalam pada itu, Rossa memberitahu rakan-rakannya di Indonesia gemar ke Malaysia untuk menikmati makanan yang enak dan membeli-belah di negara ini.

Kata Rossa, tidak timbul isu memburukkan mana-mana negara kerana rakyat Indonesia juga suka melancong ke negara ini.

"Ramai sahaja rakan-rakan saya yang suka ke Malaysia untuk menikmati makanan di sini.

"Ramai yang suka menikmati pemandangan di sini juga malah ada yang gemar membeli-belah di Malaysia.

"Apa lagi kaum wanita, kami suka mencari barang-barang yang tidak dijual di Indonesia," ujarnya.

rossaa1 - 1

Rossa menyifatkan segelintir individu tidak mempunyai rasa hormat kepada orang lain.

Sebelum ini, tular sebuah video yang dimuat naik oleh seorang wanita warga Indonesia mendakwa jarang melihat masjid dan tidak pernah mendengar laungan azan sepanjang berada di Malaysia.

Individu tersebut memuat naik di laman TikTok @pinotdiah dan memberitahu dia pernah ke beberapa buah lokasi di Terengganu, Kuala Lumpur dan Johor namun tidak pernah mendengar laungan azan.

Selepas menerima kecaman daripada netizen, wanita itu kemudiannya memuat naik video permohonan maaf.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain