suria

Angkat kisah benar tentang poligami, ‘Perjalanan Pembuktian Cinta’ jentik rasa insaf

Filem ini menampilkan lakonan mantap Dea Annisa dan Teuku Ryan.

MENGANGKAT kisah perkahwinan tanpa rela, filem Perjalanan Pembuktian Cinta menjanjikan sisi unik dan segar kepada penonton Malaysia.

Menurut pengarah urusan D'Ayu Pictures, Datuk Rosmarayu Mokhtar, filem ini sarat dengan elemen Islamik yang mampu menyuntik rasa keinsafan.

"Dengan jalan cerita yang memberi inspirasi tentang kekuatan wanita mengharungi cabaran hidup.

Copy of Untitled (20)

Filem ini memberi inspirasi buat wanita yang berdepan cabaran rumah tangga.

"Filem ini dijangka mampu menyentuh hati penonton dan memberi pengajaran bermakna," katanya dalam satu kenyataan.

Filem yang diaadaptasi dari novel terkenal dan diarahkan oleh M. Amrul memaparkan kisah benar seorang wanita dipaksa menikahi lelaki yang sudah beristeri.

Jelasnya, selain jalan cerita yang menarik, filem ini turut menggabungkan unsur komedi dan drama untuk bermain dengan emosi penonton.

"Tarikan filem ini terletak pada kisah benar yang diangkat, watak-watak yang menyerlah dan alur cerita yang tersusun indah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi realiti kehidupan rakyat Kelantan, filem Janna Endoro angkat wanita sebagai hero

ARTIKEL BERKAITAN: Filem ‘Memoir Seorang Guru’ jentik hati penonton, angkat pengorbanan pendidik di kawasan pendalaman

"Gabungan elemen komedi dan drama dan nilai keagamaan yang seimbang bakal mengadun emosi penonton," katanya.

Filem yang dibintangi barisan pelakon hebat termasuklah Dea Anissa, Teuku Ryan dan Muzakki Ramadhan telah pun menemui penonton Indonesia sejak 7 Mac lalu.

Menerima respon positif sepanjang tayangan, Rosmarayu mengakui tidak sabar untuk melihat penerimaan penonton Malaysia pula.

"Respons hebat penonton Indonesia membuktikan filem ini berjaya mengusik jiwa semua lapisan masyarakat.

Copy of Untitled (18)

Filem ini mengetengahkan isu poligami.

"Kini, giliran penonton Malaysia pula untuk menghayati karya seni bernilai ini.

Filem ini mengisahkan tentang seorang penghafaz al-Quran, Fathia (Dea Annisa) yang dipaksa menikahi seorang lelaki yang tidak dicintai.

Malah, status lelaki itu yang sudah pun beristeri membuatkan kehidupan Fathia menjadi sukar.

Filem Perjalanan Pembuktian Cinta bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermuka 20 Jun depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain