suria

Walaupun bersaing dengan filem besar... ‘Memoir Seorang Guru’ jentik hati penonton, berjaya buat air mata mengalir

Selepas tiga hari ditayangkan, kutipan Memoir Seorang Guru sudah mencecah RM350,000.

WALAUPUN terpaksa bersaing dengan beberapa filem tempatan dan antarabangsa seperti How To Make Millions Before Grandma Dies dan The Experts, sambutan bagi Memoir Seorang Guru tetap memberangsangkan.

Penerbitnya, Datuk Arisz Ab. Rahman berkata, pihaknya bersyukur dengan respon positif yang diterima sejak filem itu mula menemui penonton di pawagam sejak 30 Mei lalu.

Malah penonton yang sudah menonton memberikan rating tinggi terhadap filem arahan Kyoll Hamzah itu.

"Saya bersyukur kerana filem adapatasi daripada novel karya Allahyarham Azizi Abdullah ini mendapat tempat di hati penonton.

Copy of Untitled (27)

Filem ini sangat menyentuh jiwa dan emosi penonton.

"Kalau melihat kepada komen-komen penonton di media sosial, ramai puji dan memberi rating tinggi untuk filem ini," katanya dalam satu kenyataan kepada mStar.

Malah sepanjang tiga hari tayangan, Memoir Seorang Guru berjaya meraih kutipan sebanyak RM350,000.

Arisz menyifatkan filem ini bukan sekadar naskhah biasa sebaliknya ia banyak bemain dengan emosi penonton.

ARTIKEL BERKAITAN: Filem ‘Memoir Seorang Guru’ jentik hati penonton, angkat pengorbanan pendidik di kawasan pendalaman

ARTIKEL BERKAITAN: Cabar diri dalam ‘Memoir Seorang Guru’, Rosyam Nor akui tak mudah hidupkan watak Cikgu Sunan

Arisz berkata, penonton pasti dapat mengimbau semula zaman persekolahan apabila menonton filem tersebut dan meminta sediakan tisu ketika ke pawagam.

"Saya percaya filem ini dapat mengimbau semula kenangan ketika zaman persekolahan.

"Pesanan saya jangan lupa sediakan tisu kerana ada babak-babak menyentuh hati dan perasaan sehingga mengalirkan air mata," katanya.

Copy of Untitled (28)

Filem ini dibintangi Rosyam Nor sebagai Cikgu Sunan.

Dalam pada itu, Arisz turut menyeru agar rakyat Malaysia menunjukkan sokongan terhadap karya tempatan yang berkualiti.

"Jika kita boleh tengok filem Thailand dan Indonesia kenapa kita tak boleh sokong filem Malaysia yang mendapat reviu positif dari penonton?," ujarnya.

Memoir Seorang Guru filem membariskan pelakon terkenal termasuk Datuk Rosyam Nor, Nabila Huda, Johan As'ari, Zul Huzaimi dan Trisha Ooi.

Secara ringkas, Memoir Seorang Guru mengisahkan tentang seorang guru bandar, Cikgu Sunan (Rosyam Nor) yang telah ditukarkan ke sebuah sekolah di pendalaman dan ditugaskan menjadi guru kelas tercorot.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain