suria

Kazim Elias letak syarat berlakon ‘Zim Zim Ala Kazim’, darah mengalir keluar ketika di lokasi penggambaran

Mawi (kanan) bangga dengan dapat berkongsi kisah Ustaz Kazim.

TIDAK hanya berkongsi kisah peribadi, pendakwah bebas Datuk Kazim Elias turut menawarkan diri menjadi watak utama dalam filem terbaharu berjudul Zim Zim Ala Kazim.

Menurut Mawi selaku pengarah dan penerbit, Kazim sendiri meletakkan syarat tersebut agar jalan cerita tentang kisah penyakit misteri dialaminya dapat disampaikan kepada penonton.

Katanya, Kazim juga mudah memberi kata persetujuan sejak awal perbincangan mereka menerbitkan filem tersebut.

"Syarat utama yang Ustaz Kazim letak kalau nak buat filem ini adalah dia sendiri mahu jadi hero. Pada awalnya saya agak terkejut kerana saya sendiri sudah ada pilihan pelakon untuk watak tersebut.

zim zim 3

Kazim bersetuju kisah peribadi diangkat sebagai sebuah karya filem.

"Namun saya kagum dengan keberaniannya untuk berlakon. Bukan hanya berlakon malah beliau juga menyumbang suara untuk lagu OST filem ini.

"Tak sukar menyakinkan beliau malah dalam pertemuan kali kedua beliau cerita lebih mendalam tentang apa yang berlaku dan saya bawa penulis skrip ketika kami bertemu selepas itu," katanya.

Memaparkan kisah sebanar yang dialami Kazim, kata Mawi kejadian misteri turut terjadi ketika mereka menjalani penggambaran sekitar tahun 2022 di Kampung Manjoi, Ipoh, Perak.

ARTIKEL BERKAITAN: Walaupun bersaing dengan filem besar... ‘Memoir Seorang Guru’ jentik hati penonton, berjaya buat air mata mengalir

ARTIKEL BERKAITAN: Angkat kisah benar tentang poligami, ‘Perjalanan Pembuktian Cinta’ jentik rasa insaf

Tambahnya dia turut menyuntik elemen komedi dalam karya ini supaya menjadi lebih ringan namun penuh pengajaran untuk penonton mendalami perbuatan syirik dan amalan sihir.

"Ada satu masa itu ketika nak memulakan penggambaran, tiba-tiba penyakit Ustaz Kazim menyerang semula sehingga darah keluar daripada kulit beliau namun situasi itu dapat diatasi dengan baik.

"Kira-kira 70 hingga 80 peratus adalah kisah benar yang dipaparkan dalam filem ini. Selebihnya saya tambah untuk pastikan jalan cerita lebih menarik.

Kisah mistik dilalui Ustaz Kazim lebih kurang sama seperti yang pernah saya lalui.

MAWI

PENERBIT/PENGARAH

"Kisah mistik dialami Ustaz Kazim lebih kurang sama seperti yang pernah saya lalui," ujarnya.

Antara kejadian sebenar pernah dialami oleh Kazim adalah perbuatan khianat seorang individu menanam bangkai monyet di hadapan rumahnya sehingga dia dan ahli keluarga diganggu oleh makhluk halus.

Selain Mawi dan Kazim, pelakon lain yang turut membintangi filem ini adalah Bell Ngasri, Shanthesh, Rosnah Johari, Man Raja Lawak, Ryan Bakery dan Zarina Anjoulie.

zim zim 2

Kazim sendiri tawar diri untuk berlakon dalam Zim Zim Ala Kazim.

Filem terbitan MW Entertainment Sdn Bhd ini akan memulakan tayangan pada 13 Jun di seluruh pawagam.

Zim Zim Ala Kazim mengisahkan tentang sekumpulan pencari hantu yang sering melakukan aktiviti paranormal dan menemui sesuatu kejadian pelik berkaitan Kazim.

Mereka kemudian tekad untuk bertemu Kazim bagi membantu pencermaha itu merungkai penyakit misteri yang dialami.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain