JALAN cerita berkisarkan kahwin paksa sudah menjadi kebiasaan sebagai plot sebuah drama atau filem yang mungkin membuatkan tidak ramai tertarik untuk menonton. Namun filem terbaharu Indonesia berjudul Perjalanan Pembuktian Cinta akan mengubah presepsi penonton tentang plot yang diketengahkan. Penerbit filem tersebut, Arisakti Prihatwono memberitahu Perjalanan Pembuktian Cinta mengangkat kisah benar daripada karya penulisan Nusaibah Azzahara yang cukup popular dalam kalangan penggemar novel di Indonesia. Penerbit Arisakti Prihatwono (kiri), M. Amrul (tengah) bersama wakil D'Ayu Pictures. Malah kata Arisakti kisah yang dipaparkan cukup menarik sehingga pihaknya tidak mengubah 90 peratus jalan cerita asal yang diangkat sebagai filem. Menurut penerbitanya, Arisakti Prihatwono, keasilan filem itu tidak banyak diubah malah mengambil 90 peratus daripada karya penulisan asal Nusaibah Azzahara. “Filem ini mengangkat kisah benar dan penulis novel itu sendiri merupakan isteri kepada individu yang diangkat kisahnya. “Ia bukan sekadar kisah benar tentang perkahwinan secara paksa tetapi ia cukup dekat dalam masyarakat kita,” katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Angkat kisah benar tentang poligami, ‘Perjalanan Pembuktian Cinta’ jentik rasa insaf ARTIKEL BERKAITAN: Filem ‘Memoir Seorang Guru’ jentik hati penonton, angkat pengorbanan pendidik di kawasan pendalaman Arisakti berkongsi perkara itu ketika tayangan perdana filem tersebut di Kuala Lumpur pada Rabu lalu. Dalam pada itu, Arisakti memberitahu apa membuatkan kisah ini berbeza adalah mengenai utamanya seorang hafizah al-Quran yang terpesong pegangannya. Namun katanya, di sebalik itu banyak pengajaran yang dapat diambil penonton mengenai kisah dipaparkan dan bukan semata-mata tentang poligami dan perkahwinan secara paksa. Arisakti berkata, pembikinan filem itu juga tidak terlalu mencabar kerana salah seorang penerbit filem tersebut merupakan suami kepada penulis novel berkenaan. Permulaan hidup baharu Fathia selepas dipaksa berkahwin. Jelasnya, niat berdakwah kepada orang ramai juga antara faktor filem ini tidak sukar dihasilkan selain perjalanan proses penggambaran berjalan lancar. “Hasrat kami menyampaikan dakwah dalam bentuk filem dan penonton boleh mendapat manfaat daripada karya ini. “Apa lebih penting pemilik kisah benar ini rela hati berkongsi pengalaman mereka demi berdakwah kepada masyarakat,” jelasnya. Perjalanan Pembuktian Cinta mengisahkan tentang seorang penghafaz al-Quran, Fathia lakonan Dea Annisa yang dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dicintai. Pertemuan pertama kali Fathia bersama bakal suaminya. Malah, status lelaki itu yang sudah beristeri membuatkan kehidupan Fathia menjadi sukar. Selain Dea, ia turut dibaeisi pelakon seperti Teuku Ryan dan Muzakki Ramadhan. Perjalanan Pembuktian Cinta bakal menemui penonton bermula 20 Jun ini di seluruh pawagam di Malaysia. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!