suria

Dah ramai ‘sangkut’ cerita ini... Misteri siri Viu Original Nafsu buat penonton tak senang duduk

Lakonan mantap Kamal Adli dalam Nafsu sangat memuaskan.

SEJAK kebelakangan ini citarasa penonton tempatan terhadap drama tempatan sudah banyak berubah dan tidak hanya tertumpu kepada karya-karya genre romantik dan aksi semata-mata.

Genre supernatural dan thriller semakin mendapat perhatian peminat drama di Malaysia. Lihat saja siri Korea Selatan seperti The Uncanny Counter, Sweet Home, dan Signal, semuanya berjaya menjadi bualan penonton di media sosial.

Buat peminat drama genre Malaysia, drama bersiri terbaharu Viu Original berjudul Nafsu wajib dimasukkan dalam senarai tontonan yang tidak patut dilepaskan.

ADM00985

Kamal dan Azira bergandingan buat kali pertama di Nafsu.

Sudah bersiaran enam episod di platform penstriman Viu, Nafsu menerima pelbagai reaksi positif penonton yang sudah tidak sabar-sabar menanti kisah seterusnya dan merungkai misteri sebenar drama tersebut.

Apa lebih membuatkan Nafsu istimewa, ia menampilkan barisan pelakon hebat seperti Kamal Adli, Azira Shafinaz, Aqasha dan Khayrisyah Kemal yang masing-masing cukup bijak menzahirkan watak masing-masing sehingga menambah debaran penonton.

Viu Original Nafsu menyingkap kisah di sebalik kawasan setinggan dan lorong gelap Kuala Lumpur dan lelaki bernama Sam lakonan Kamal Adli yang menipu dan menyamar sebagai bomoh demi kelangsungan hidup dan terbabit dengan Kumpulan ajaran sesat yang diketuai oleh Gusti lakonan Aqasha.

_DSC2306

Aqasha membawa watak sebagai Gusti di dalam Nafsu.

Bagaimanapun semuanya mula berubah apabila Sam membuka kembali deria keenamnya untuk membantu bekas kekasihnya iaitu Dina (Azira Shafinaz) yang mencari adiknya, Alia yang hilang selepas mendengar bisikan dan suara aneh.

Kehilangan Alia merungkai lebih banyak perjanjian ajaran sesat yang dilakukan keluarga Dina bersama Gusti (Aqasha) yang pastinya membuat penonton tidak senang duduk.

Tidak hanya itu, ia juga menyingkap pelbagai perjanjian dilakukan orang kenamaan yang tamak dalam mengejar populariti dan harta benda.

ADM04252

Alia lakonan Khayrisyah Kemal menjadi pecetus kepada ancaman lebih besar.

Sam yang memiliki deria keenam sejak kecil bukan hanya ingin menyelamatkan Alia namun turut membantu orang ramai yang menjadi mangsa Gusti sekali gus membawa kepada acamanan yang lebih besar.

Banyak adegan-adegan seram yang dipaparkan dalam setiap episod dan membawa kepada plot twist yang tidak disangka.

Berbaki dua lagi episod, jangan terlepas untuk menyaksikan episod terbaharu Viu Original Nafsu setiap Khamis hanya di Viu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain