LAMA menyepikan diri daripada dunia hiburan, pelakon Raja Farah memaklumkan selamat melahirkan cahaya mata keempat pada petang Ahad. Farah atau Raja Farah Raja Aziz, 36, memberitahu dia selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 1.05 petang di sebuah pusat perubatan secara normal. "Saya selamat melahirkan bayi perempuan semalam (Ahad), 9 Jun pukul 1.05 petang secara normal," katanya. Raja Farah teruja menambah ahli keluarga baharu. Farah berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram miliknya pada Isnin. Menerusi hantaran berkenaan, Farah turut memuat naik foto bersama suami dan anak-anaknya. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Raja Farah tak merajuk, rindu dunia lakonan... Kini sedang hamil anak keempat ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Netizen terkejut Fauzi Nawawi tergamak cerita babak panas malukan Raja Farah - "Maaf... salah saya bersembang tak control, terlepas cakap" Dalam pada itu, pelakon filem Anak Halal itu meluahkan rasa syukur dengan kelahiran cahaya mata keempatnya itu dan meminta pengikutnya mendoakan urusan berpantang dipermudahkan. "Syukur Ya Allah, keluarga kami sudah berenam sekarang. Doakan urusan saya berpantang dipermudahkan," ujarnya. Untuk rekod, Farah mendirikan rumah tangga dengan Iskandar Ismail pada 6 September 2015. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!