SELEPAS mengumumkan pengunduran dari kumpulan Dolla, penampilan terbaharu penyanyi Syasya yang kini sudah berhijab turut menjadi perhatian serta mendapat pujian ramai. Manis dengan penampilan bertudung, Syasya atau Noor Syasya Afiqah Shahrizal, 23, sebenarnya sudah lama menyimpan hasrat menutup aurat. Bagaimanapun niat tersebut tidak dapat diteruskan kerana tuntutan kerja. Suami juga banyak membantu Syasya dalam soal penampilan. "Sebenarnya saya sudah lama terfikir untuk bertudung namun disebabkan kerja rasanya tidak sesuai... Apabila keluar daripada Dolla saya rasa ia adalah masa terbaik berbuat demikian. "Saya jumpa jalan berbeza dalam kehidupan dan buat masa ini saya masih belajar dan masih tercari-cari gaya sesuai dalam penampilan bertudung," katanya kepada mStar. Syasya mula dilihat menutup aurat selepas video dia menyambut Hari Raya Aidilfitri pada April lalu yang sudah bertudung tular di media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Suami Syasya rupanya kawan baik abang, barang kemas RM5 juta curi perhatian ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jatuh cinta sebab wajah suami macam Nobita, keperibadiannya pula ikat hati Syasya Dalam pada itu, Syasya memberitahu dia juga menitikberatkan soal pemakaian agar tidak kelihatan seksi dan mencolok mata. "Ketika awal berhijab saya 'rembat' salah satu koleksi tudung ibu. Kenalah tengok dahulu gaya yang sesuai. Sekarang ini semakin banyak membeli tudung baru. "Koleksi baju juga kena ubah perlahan-lahan. Baju-baju lama saya tidak buang semua, tetapi beri kepada adik yang masih kecil. Saya jumpa jalan berbeza dalam kehidupan dan buat masa ini saya masih belajar dan masih tercari-cari gaya sesuai dalam penampilan bertudung SYASYA PENYANYI "Syukur selepas berhijab saya rasa lebih tenang. Sekarang pun ada suami yang banyak memberi nasihat," ujarnya. Syasya bernikah dengan jejaka pilihannya Nasrullah Mohd Sapie, 23, pada 20 April lalu dan kemudian pasangan ini diraikan dalam dua majlis resepi yang berlangsung meriah di Shah Alam pada Sabtu lalu. Bercakap tentang fasa baharu dalam hidupnya, menurut Syasya dia tidak akan pernah melupakan sokongan peminat meskipun merancang untuk memperlahankan kerjaya seni. Syasya perlahan kerjaya seni selepas berkahwin. "Pastinya ramai nak tahu tentang kehidupan saya sekarang, jadi jika ada masa lapang saya akan kongsi di media sosial. "Sekarang ini juga saya mahu lebih fokus untuk tamatkan pengajian, jadi soal kerjaya seni itu bergantung kepada rezeki. Jika masih ada, saya akan teruskan," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube