suria

Amelia Henderson hanya kawan Aedy Ashraf, hubungan dah tak rapat macam dulu

Amelia kini anggap Aedy hanya sebagai seorang rakan.

PELAKON dan pengacara Amelia Henderson mendedahkan hubungannya dengan aktor Aedy Ashraf tidak lagi akrab seperti sebelum ini.

Menurut Amelia atau Amelia Thripura Henderson, 28, kekangan masa menjadikan hubungan mereka semakin renggang.

"Saya tidak tahu untuk menjawab perkara ini tetapi saya dan Aedy hanya berkawan dan kami tidak rapat seperti dulu.

553

Hubungan Aedy dan Amelia sudah tidak seakrab dulu.

"Mungkin kerana masa kami untuk bersama tidak sesuai dan saya rasa tidak mahu bercerita terlalu jauh fasal perkara ini," katanya.

Amelia berkongsi perkara itu bagi menjawab pertanyaan peminat menerusi sesi siaran langsung yang dilakukan di Instagram.

Dalam pada itu, pelakon drama Jangan Benci Cintaku ini memberitahu selama ini dia dan Aedy tidak pernah mengeluarkan kenyataan tentang hubungan mereka kerana menghormati antara satu sama lain.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aedy Ashraf tak cemburu Sharnaaz kongsi foto bersama Amelia Henderson, anggap itu pujian seorang abang

ARTIKEL BERKAITAN: Aedy Ashraf melutut lamar Amelia Henderson depan orang ramai, dua tahun ambil masa sebelum luah perasaan

"Kadangkala sesuatu perkara itu berakhir tanpa ada alasan cuma disebabkan masa itu tidak bersesuaian.

"Sudah lama situasi (renggang) ini berlaku cuma kami tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebab menghormati satu sama lain," ujarnya.

Pada Mac 2022, tular video Aedy melutut dan melamar Amelia untuk dijadikan sebagai kekasih.

Amelia pula secara spontan menerima lamaran tersebut dan Aedy gembira dengan jawapan yang diterima.

Bagaimanapun pada Julai tahun lalu, Amelia dan Aedy memberi bayangan hubungan cinta mereka sudah berakhir apabila pasangan itu memuat naik hantaran yang berbaur kecewa.

Aedy turut memadam foto bersama Amelia yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain