suria

[V] 15 tahun bercinta, Shiha Zikir dan kekasih usaha kahwin sebelum akhir 2024... Baju nikah pun dah siap lama

Shiha dan kekasih bakal umum tarikh pernikahan dalam masa terdekat.

MENJALINKAN hubungan cinta sejak 15 tahun lalu, penyanyi Shiha Zikir mendedahkan dia dan kekasih iaitu Kamarul Arifin Baharun sudah bersedia mendirikan rumah tangga.

Mengakui sudah membeli baju kahwin sejak tiga tahun lalu, Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 37, bagaimanapun masih menunggu masa sesuai untuk menamatkan zaman bujangnya.

“Saya okay sahaja kalau jodoh tu sampai cepat tapi ada sahaja perkara lain yang saya perlu fokus dulu.

450977ec-139b-482d-844a-1a58cb8b49a9

Baju pernikahan Shiha dan kekasih sudah lama tersedia.

“Baju kahwin kami dah siap tiga tahun lepas dah sebenarnya, tapi sebab dah lama sangat nanti kahwin buat yang baharu sajalah.

“Tapi bila tanya fasal kahwin saya risau nak jawab sebab takut orang akan jemu dengan jawapan saya, tapi memang tiada jawapan lain melainkan kami sedang tunggu waktu yang tepat,” katanya kepada mStar.

Shiha mendedahkan perkara itu ketika ditemui semasa pelancaran kedai makan Shiha Zikir Nasi Ayam bertempat di Shah Alam, Selangor pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Shiha Zikir tak reti duduk diam, cuba bidang baharu pula... “Rasa puas dapat kongsi rezeki”

ARTIKEL BERKAITAN: Fobia naik pesawat punca tolak persembahan di Indonesia, Shiha Zikir takut kapal terbang terhempas di laut

Sementara itu, Kamarul atau mesra disapa Arul memberitahu dia berjanji pada Shiha untuk berusaha mengahwini penyanyi itu pada tahun ini.

“Shiha memang cakap kat saya nak kahwin, tapi kami berdua dah bincang nak fokus pada kerjaya dulu.

“Tapi saya cakap pada Shiha tahun ni kita cuba selesaikan insya-Allah. Kami janji bila dah ada tarikh kahwin, kami akan terus beritahu,” jelasnya.

WhatsApp Image 2024-06-12 at 16.13.31

Shiha dan kekasih tenang berdepan persoalan untuk mendirikan rumah tangga.

Ditanya mengenai penerimaan keluarga, Shiha berkata keluarga mereka tidak memberikan apa-apa tekanan dan faham situasi yang dia dan Arul sedang lalui.

“Keluarga okay sahaja tiada apa-apa tekanan sebab mereka sangat memahami,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain