suria

Tiada hak masuk campur, Muaz Zabir hanya doa Bella Astillah kuat berdepan dugaan

Muaz doakan kebahagiaan Bella.

PELAKON Muaz Zabir tidak mengikuti kes penceraian pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz yang sedang hebat diperkatakan ketika ini.

Muaz atau Muaz Mohamad Zabir, 27, berkata, ada komitmen lebih penting yang perlu diberikan perhatian berbanding perkara tersebut.

Bagaimanapun Muaz mendoakan yang terbaik buat Bella dan keluarganya dalam berdepan dengan dugaan mencabar ini.

muazz1

Muaz sentiasa doakan kebahagiaan Bella.

"Mungkin takdir yang ditentukan itu adalah yang terbaik untuk kita. Saya tidak tahu nak rasa kasihan atau sebaliknya.

"Tapi saya doakan Bella supaya menemui kebahagiaan dan berjaya mengharungi cabaran hidup selepas ini.

"Seperti mana yang kita tahu, dia seorang wanita yang kuat. Saya harap semua doakan yang terbaik buatnya," katanya kepada mStar.

Muaz berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran drama bersiri Viu Original berjuudul Bawah Payung Awan yang diadakan pada petang Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Bella Astillah naikkan nama Muaz Zabir, ibu nasihat jangan lagi terlibat kontroversi

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz suruh Muaz Zabir tutup mulut, tak halal perbuatan ganggu rumah tangganya

Dalam pada itu, Muaz memberitahu dia mengetahui tentang penceraian Bella dan Aliff melalui rakan-rakan sekeliling.

Kata Muaz, dia tidak sempat membuka media sosial kerana sibuk menjalani penggambaran drama sebelum ke lokasi sidang media drama tersebut.

"Saya memang tak sempat tengok media sosial sebab hari ini saya sibuk menjalani penggambaran.

"Ini pun saya minta pihak produksi lepaskan saya untuk datang ke majlis ini dan selepas ini saya akan bergegas ke Genting Highlands menyambung penggambaran.

Lebih baik saya diam dan tidak mengeruhkan lagi keadaan.

MUAZ ZABIR

PELAKON

"Tapi saya tahulah mereka sudah bercerai sebab orang sekeliling bercakap mengenainya," ujarnya.

Bagaimanapun Muaz enggan mengulas lanjut mengenai penceraian Bella dan Aliff kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Apatah lagi dia dan Bella mencapai kata sepakat untuk menjaga pergaulan sebagai rakan artis selain tiada hak mencampuri urusan peribadi mereka.

"Sebenarnya saya dan Bella sudah mengambil keputusan untuk menjaga batas masing-masing.

2633153

Muaz dan Bella sudah bawa haluan masing-maisng.

"Saya tiada hak untuk memberi sebarang komen dan memilih untuk mendiamkan diri bagi mengelakkan perkara tidak diingini terutamanya salah tafsir dalam kalangan netizen.

"Lebih baik saya diam dan tidak mengeruhkan lagi keadaan," jelasnya.

Sementara itu, Muaz berkata, dia dan Bella bersikap profesional dan tidak menolak jika digandingkan dalam sebarang projek selepas ini.

"Industri hiburan kita kecil saja, pusing mana-mana pun akan bertemu juga.

2632583

Gosip Muaz dan Bella pernah hangatkan hiburan Malaysia.

"Jadi saya tak ingin menambah musuh dalam kehidupan. Nak kata kami berkawan pun tidak, bergaduh pun tidak.

"Kalau digandingkan sekali pun nanti, kami akan bersikap profesional dan hanya fokus pada urusan kerja sahaja," jelasnya.

Pada Mac lalu, tersebar beberapa foto mesra di antara Muaz dan Bella yang didakwa turut berlaku curang.

553 (33)

Bella dan Aliff sah bercerai talak satu pada 13 Jun.

Bella yang tidak menafikan perkara tersebut bagaimanapun menjelaskan hubungan mereka sekadar ingin membuat Aliff berasa cemburu.

Aliff pada tengah hari Khamis melafazkan cerai talak satu terhadap Bella di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016.

Pasangan ini pernah bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali berlaku curang namun mereka kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain