VOKALIS Kristal X iaitu Lan menegaskan pemilihan nama kumpulan itu dicadangkan sendiri oleh peminat menerusi tinjauan di media sosial. Kata Lan atau Mohd Razlan Mohamed Yusof, 40, keputusan tersebut dibuat bagi menghargai peminat yang menyokong mereka untuk kembali semula ke arena muzik. "Sebelum ini kami mula dengan jenama X band dahulu tapi dalam penilaian dan survey yang kita lakukan ramai peminat sukakan nama Kristal X. "Jadi bagi memuaskan hati peminat yang menyokong kami sejak dulu jadi kami pilih nama tersebut," katanya kepada mStar. Lan mahu kedua-dua kumpulan Kristal memberi fokus dalam menampilkan prestasi terbaik. Lan berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di sidang Media Konsert Merah Hitam yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu. Selain Lan, Kristal X turut dianggotai oleh bekas anggota lama kumpulan Kristal termasuk Ainol (drum), Amai (bass) dan ahli baharu iaitu Ayop (keyboard) dan Napie (gitar). Dalam pada itu, Lan memberitahu tiada sebarang isu berbangkit berhubung penggunaan jenama Kristal pada nama tersebut. Menurutnya, dia mahu kedua-dua kumpulan fokus menampilkan prestasi terbaik dan bersaing secara sihat di dalam industri. ARTIKEL BERKAITAN: 4 tahun tidak bertegur, hubungan Lan Solo dan Rody Kristal kembali pulih selepas terserempak di surau ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung minta Lan Solo berhenti jadi artis... tak tahan jadi sasaran kecaman, semua benda salah di mata netizen "Penggunaan nama Kristal X ini setakat ini tiada isu, bagi saya yang penting kematangan dalam industri ini sangat penting. "Saya nak bersaing secara sihat. Dengan cara itu masing-masing tunjukkan kemajuan kumpulan masing-masing," jelasnya. Mengulas lanjut berkenaan hubungan bersama anggota Kristal sebelum ini, Lan menjelaskan mereka tetap bersikap profesional namun tidak lagi seakrab dahulu. "Hubungan saya baik saja, kalau jumpa memang kami bertegur sapa. Tidaklah akrab seperti dulu. Dalam penilaian dan survey yang kita lakukan ramai peminat sukakan nama Kristal X. LAN VOKALIS KRISTAL X "Kalau kita jumpa orang mesti kita boleh rasa aura mesra tapi jujurnya saya tak rasa aura itu," katanya. Sementara itu, Lan turut memaklumkan dia dan anggotanya mendapatkan khidmat nasihat dari sifu mereka iaitu vokalis kumpulan Wings iaitu Awie. "Kami juga ada minta restu dari sifu saya iaitu abang Awie sendiri. Kami dapat nasihat dari Abang Awie untuk teruskan, tiadalah kami menonong saja," katanya. Kristal dan Def Gab C bakal beraksi di konsert Merah Hitam pada 31 Ogos depan. Dalam perkembangan lain, Kristal X bakal berkongsi pentas dengan kumpulan Def Gab C dalam konsert Merah Hitam pada 31 Ogos depan. Konsert yang dibawakan oleh Shoreline Space bakal menampilkan suntikan artistik tersendiri dari segi tema, gubahan lagu dan kreativiti persembahan. Kristal X dan Def Gab C bakal mengegarkan pentas Zepp Kuala Lumpur menerusi 20 buah lagu malar segar yang akan menggamit kenangan penonton. Orang ramai boleh dapatkan tiket bermula dari harga RM178 (CAT 1), RM 148 (CAT 2), RM 318 (CAT 3), RM248 (CAT 4) dan RM 3,500 (CAT 5) di laman web myticketasia. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!