suria

Individu seleweng duit konsert akhirnya didakwa... Riezman Khuzaimi mahu bersihkan nama, terbuka selesai luar mahkamah

Riezman mahu jaga reputasi sebagai selebriti.

PELAKON Riezman Khuzaimi terbuka untuk mengadakan perbincangan di luar mahkamah dengan wanita bernama Rabiatul Addawiyah Izzaddin yang didakwa menyalahgunakan wang sebanyak RM237,370 bagi tujuan penganjuran Konsert Goyang Asli Koplo Milenia.

Selain mahu menuntut keadilan, Riezman atau Mohd Rizman Mohd Khuzaimi, 54, berkata dia membawa kes berkenaan mengikut lunas undang-undang kerana mahu membersihkan kembali namanya selaku penganjur konsert tersebut.

"Lega apabila kes ini telah dibawa ke mahkamah. Saya hanya mahu bersihkan nama. Ini konsert pertama yang saya anjurkan tetapi dah kena game... sebab itu saya gunakan saluran undang-undang untuk selesaikan.

riezman 3

Riezman sebelum ini dedahkan mengalami kerugian besar.

"Namun sekiranya pihak sana (Rabiatul) mahu berbincang saya sangat terbuka. Saya boleh bertemu untuk selesaikan kes ini di luar mahkamah.

"Siapalah saya untuk terus menghukum seseorang. Saya hanya mahukan keadilan untuk diri saya," katanya ketika dihubungi mStar.

Terdahulu, Rabiatul mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menyalahgunakan wang berkenaan bagi menguruskan konsert Goyang Asli Koplo Milenia.

ARTIKEL BERKAITAN: Rugi RM300,000 bukan alasan, Riezman Khuzaimi tetap anjur konsert dangdut

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Milenia 2023 tangguh hormati mangsa perang Palestin, Riezman Khuzaimi tanggung rugi RM500,000 jika dibatalkan

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengambil wang milik syarikat Mission Sight Sdn Bhd itu bagi kegunaan peribadi.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 17 Julai depan.

Bercakap lanjut mengenai kes berkenaan, Riezam berkata dia tidak menyangka kepercayaan yang diberikan kepada wanita berkenaan dikhinati sehingga menjejaskan namanya selain memberi kesan hubungannya bersama seorang lagi rakan kongsi.

Siapalah saya untuk terus menghukum seseorang. Saya hanya mahukan keadilan untuk diri saya

RIEZMAN KHUZAIMI

PELAKON

Malah apa yang berlaku juga memberi tekanan buatnya sebagai seorang selebriti yang dikenali ramai.

"Saya kenal dia melalui aplikasi TikTok dan kami mula berkawan. Saya beri dia peluang kerana percaya dengan hasil kerjanya sebelum ini. Tak sangka terjadi begini.

"Apa yang berlaku juga sangat menggangu emosi saya. Bahkan ia juga jadi punca hubungan saya dengan seorang lagi rakan kongsi dingin. Saya yang cadangkan nama dia, jadi reputasi saya terjejas," ujarnya.

riezman 2

Konsert Goyang Asli Koplo Milenia berlangsung pada Januari lalu.

Sebelum ini, Riezman pernah mendedahkan dia mengalami kerugian hampir RM300,000 kerana ditipu oleh seorang individu yang diberikan amanah melaksanakan konsert berkenaan.

Susulan insiden itu, konsert tersebut terpaksa ditangguhkan sebanyak tiga kali sebelum akhirnya berjaya diadakan pada 27 Januari lalu.

Riezman juga membuat laporan di Balai Polis Brickfield pada 14 Jun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain