PERNIKAHAN pasangan personaliti media sosial Siti Jamumall dan Aiman Tak Kesah yang berlangsung di Satun, Thailand mengundang persoalan dan bualan ramai netizen. Mengulas mengenai perkara itu, Siti atau Siti Suriani Wahiddin, 26, berkata ia terpaksa dilakukan di negara berkenaan selepas dia menanggung kerugian akibat perancangan untuk berkahwin dengan lelaki lain pada hujung bulan lalu tidak menjadi. "Kalau cerita tentang duit, ada yang bertanya saya ada duit tapi mengapa tidak kahwin di Malaysia. Siti dan Aiman berkahwin di Thailand pada awal Jun. "Awak semua tak tahu berapa banyak yang saya rugi sebab perkahwinan saya yang tak jadi tu," katanya. Siti menjelaskan perkara itu menerusi sesi siaran langsung di aplikasi TikTok miliknya pada malam Khamis. Sebak berkongsi dugaan sebelum mendirikan rumah tangga, Siti berkata dia tidak memandang harta seseorang untuk dijadikan pasangan hidup. Sebaliknya, jika sudah mencintai seseorang, dia akan menerima jodohnya itu dengan hati terbuka. ARTIKEL BERKAITAN: Siti Jamumall kembali bergelar isteri, pilih Aiman Tak Kesah sebagai suami ARTIKEL BERKAITAN: Siti Jamumall dah jumpa pengganti, masih trauma kembali berumah tangga "Ada yang bertanya, kenapa saya tak buat perkahwinan secara besar-besaran. "Saya ini kalau dah mencintai seseorang, dia kahwin dengan saya hanya ada senaskah al-Quran pun saya terima. Saya tak kisah," jelasnya. Siti sah bergelar isteri kepada Aiman dan didakwa mereka melangsungkan pernikahan pada awal bulan Jun. Sebelum ini, Siti sepatutnya bernikah pada 31 Mei lalu dengan seorang lelaki yang baharu dikenalinya namun majlis itu dibataklkan pada saat akhir atas faktor peribadi. Siti alami kerugian kerana perkahwinan yang tidak jadi. Malah, segala persiapan sudah dibuat termasuk jemputan kepada semua tetamu. Siti bagaimanapun mengambil pendekatan berdiam diri dan enggan mengulas lanjut mengenai pembatalan majlis tersebut. Untuk rekod, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun bercerai pada Disember 2022. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 5, dan Putra Aiman Zafran, 3 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!