STATUS dan gelaran Datuk yang dimiliki oleh usahawan Noora Kay bukan menjadi sebab hubungannya dengan pelakon Azri Iskandar terputus di tengah jalan. Tidak bersetuju dengan pandangan segelintir netizen yang menyatakan mereka tidak sekufu, Noora, 48, memberitahu dia berkawan dengan semua orang tanpa memandang status atau pangkat. "Netizen boleh sahaja bercakap apa sahaja yang mereka mahu kerana tidak mengenali diri saya yang sebenar. Hubungan Noora dan Azri berakhir dengan perpisahan. “Saya seorang yang sangat rendah diri. Saya berkawan dengan semua orang," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Noora turut memberitahu dia juga tidak cerewet dalam memilih pasangan asalkan lelaki berkenaan mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap keluarga. "Untuk pasangan hidup pun saya tidak terlalu memilih asalkan dia ada tanggungjawab, memahami dan tidak wujud masalah berkenaan dengan status diri saya dalam hubungan," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Minta tunda pernikahan punca Azri Iskandar tak jadi kahwin, bukan sebab tak serasi dengan Datuk Noora ARTIKEL BERKAITAN: Tak jadi kahwin keputusan bersama, Noora Kay sangkal dakwaan Azri Iskandar perlu ikut telunjuknya Pada April lalu, kisah Azri dan Noora menjadi perhatian apabila foto mereka makan bersama tular di media sosial yang turut disertai bekas isteri aktor itu, Ellie Suriaty. Malah rakan baik Noora iaitu penerbit Datuk Ayu Puteh juga seakan-akan memberi bayangan Azri bakal menamatkan zaman duda dengan sahabatnya itu. Bagaimanapun pada Selasa lalu, Noora memberitahu mStar hubungannya dengan Azri telah berakhir dengan perpisahan. Kata Noora, punca perpisahan tersebut adalah disebabkan dia dan Azri tidak mempunyai keserasian untuk meneruskan hidup sebagai suami isteri. Noora sebelum ini pernah bertemu dengan anak-anak Azri. Isu menjadi semakin hangat apabila bekas isteri Azri iaitu pelakon Ellie Suriaty, 54, memberitahu punca pasangan itu tidak jadi kahwin kerana Noora tidak bersetuju tarikh pernikahannya dengan Azri ditunda. Ellie turut berasa kesal apabila Noora memberi alasan tiada keserasian dalam hubungannya. Malah, Ellie berkata semua keputusan itu mengikut telunjuk usahawan tersebut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!