suria

Seronok Ainul Aishah dah ada anak, katanya sebelum kahwin lagi sudah bersedia jadi ibu

Ainul mengakui kehidupannya berubah setelah bergelar ibu.

PELAKON Ainul Aishah memberitahu dia sudah lama bersedia untuk bergelar seorang ibu, meskipun ketika dia meletakkan impian itu dirinya masih belum berkahwin.

Berkongsi pengalaman bersalin anak pertama di usia lewat 30-an, Ainul atau Ainul Aishah Azizun, 39, berkata ia bukanlah perkara mudah, namun bersyukur berjaya mengharungi fasa itu dengan baik.

"Sejak saya berusia 20-an, saya sebenarnya dah bersedia untuk menjadi seorang ibu cuma jodoh saya yang sampai lambat.

Copy of Untitled - 2024-06-14T163922.138

Ainul berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

"Saya akui perjalanan saya panjang dan mencabar untuk sampai ke tahap ini, saya tak mengeluh tetapi sangat bersyukur kepada Allah,” katanya.

Ainul menulis perkara itu menerusi hantaran video memperlihatkan dirinya berdepan pengalaman bersalin di laman Instagram pada Jumaat.

Sebelum ini, Ainul selamat melahirkan cahaya mata sulung iaitu Kara Isabel pada 29 Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 3 tahun berkahwin, Ainul Aishah selamat bersalin puteri sulung

ARTIKEL BERKAITAN: Ainul Aishah selamat bergelar isteri ahli perniagaan... Syukur dikurniakan suami penyayang

Dalam pada itu, Ainul bersyukur kerana Allah memberi peluang dia menjalani kehidupan sebagai seorang ibu yang sudah lama diimpikan.

"Kehidupan saya berubah, kini saya menjadi seorang ibu.

"Terima kasih Allah sebab benarkan saya merasai perasaan menjadi seorang ibu kepada anak saya," ujarnya

553 (7)

Pasangan ini menikah pada September 2022.

Malah, dia menyifatkan kehadiran Kara Isabel sebagai penyeri dan pelengkap hidup buat dirinya dan suami.

"Akhirnya hidup saya lengkap dan saya berjanji untuk jaga anak saya sehingga hujung nyawa.

"Kurniaan ini sangat bermakna kerana dia adalah amanah dan tanggungjawab untuk saya," katanya.

Untuk rekod, Ainul mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan Khalid Redzuan pada September 2022 selepas lima tahun bercinta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain