suria

Penyewa buat hal, Sharifah Shahirah bengang rumah kotor sampaikan tilam pun dicuri... “Awak rugikan saya”

NP-67

PENYAMPAI radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah meluahkan rasa bengang dengan tindakan penyewa rumahnya yang didakwa melakukan banyak masalah sepanjang menyewa di kediaman itu.

Gara-gara tindakan tidak bertanggungjawab itu, Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, 50, memberitahu dia menanggung kerugian besar selepas melihat banyak kerosakan yang berlaku di rumah berkenaan.

"Halimah (nama penyewa) saya tak tahu nak cakap macam mana, semua teruk dan kotor (keadaan rumah sewa).

NP-69

Shiera berkongsi keadaan terkini rumah sewanya menerusi Instastory.

"Saya memang total lost! Saya banyak kerja, awak memang merugikan saya.

"Saya dah tak boleh tunggu duit awak, saya kena buat laporan!" katanya menerusi hantaran di Instastory pada Jumaat.

Selain rumah berada dalam keadaan tidak baik, Shiera juga mendedahkan tilam yang dibeli untuk penyewa berkenaan juga turut dibawa lari.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Aman Graseka mesej minta bantuan lagi, kali ini anak sakit sedang ditidurkan... Sharifah Shahirah jadi takut nak percaya

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Shahirah kembali bergandingan dengan Tyzo, kendali Anugerah KNKV Viral Award 2024

Shiera bagaimanapun mengambil positif atas apa berlaku dan menganggap ia sebagai ujian di bulan mulia ini.

"Rasa dia baru duduk setahun, tapi tilam aku mana?

"Beli untuk dia masuk, sampai hilang tilam aku dia bawa. Dugaan bulan Zulhijjah,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain