TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu adalah ungkapan sesuai menggambarkan kejayaan penyanyi Najmi Niery menerusi lagu Dekati. Kata Najmi, dia tidak menyangka lagu berkenaan mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan pendengar di Indonesia. "Ketika mencipta lagu ini, ia sekadar cara saya meluahkan apa terbuku di dalam hati tetapi saya anggap ini rezeki untuk orang baru seperti saya. "Ia menjadi karya diminati ramai pendengar terutamanya di Indonesia," katanya kepada mStar. Selain Najmi, Dekati turut mendapat sentuhan komposer terkenal Indonesia iaitu Ari Renaldi. Najmi bersyukur single 'Dekati' diterima baik. Dalam pada itu, kejayaan menembusi pasaran negara sebarang membuktikan ramai pihak menyangka dia merupakan bakat asal Indonesia. "Ramai sangka saya penyanyi asal sana apatah lagi lagu berkenaan mempunyai ‘bunyi’ yang mesra pendengar seberang. "Tapi saya anggap ini rezeki saya dan sedikit sebanyak memperkenalkan nama saya dalam kalangan peminat," jelasnya. Tidak hanya itu, ada juga menggelarkan dia sebagai Afgan Malaysia apabila vokalnya dikatakan mirip penyanyi tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Siap kerja sekolah baru menyanyi, Asyraff Khan mahu jadi seperti Amy Search ARTIKEL BERKAITAN: Ramai puji nikah muda, tapi rupanya penyanyi BBNU masih belum kahwin... Sekadar gimik lagu baharu Bangga dengan perkara itu kerana menganggap ia sebagai hadiah daripada peminat apabila disamakan dengan Afgan. "Apa sahaja gelaran peminat bagi saya terima dengan hati terbuka sebab itu bukti mereka mula mengenali saya. "Ia sudah cukup buat saya semangat dan gembira sebab kehadiran saya diterima baik," jelasnya. Setakat ini, Dekati sudah pun mencecah dua juta strim di semua platform digital. Najmi juga sebelum ini pernah menyertai beberapa festival muzik seperti Southeast Serenade Festival Makassar, Malam Galau 2.0 dan Malam Terpaling Galau tahun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!