suria

Zubir Khan pasang impian kembangkan karier di India, dulu tak ada orang nak ambil kerja sebab tiada tangan

Zubir tidak pernah menganggap kekurangan dirinya sebagai penghalang.

KECACATAN pada tubuh badan tidak menghalang penyanyi Zubir Khan meletakkan impian besar untuk berkarya dan meneruskan karier muzik di negara India.

Lama memasang hasrat melebarkan sayap di negara berkenaan, Zubir atau Muhmmad Zubir Mohamad Ali, 24, berkata pasaran di sana lebih meluas kerana rata-rata masyarakat bertutur dalam bahasa Tamil.

"Saya punya target, saya nak pergi India. Kalau di Malaysia mungkin audience saya kecil sebab tak semua akan dengar lagu bahasa Tamil.

Copy of Untitled - 2024-06-14T114206.532

Zubir mahu banggakan nama Malaysia.

"Tapi kalau di India, pasaran lebih luas dan semua disitu adalah orang India dan faham dengan bahasa yang saya sampaikan," katanya ketika ditemui mStar.

Zubir berkongsi perkara tersebut ketika ditemui dia sidang media meraikan kejayaan OMK (Oh My Kadhle) yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Sementara itu, Zubir berkata dia mahu menjadi antara anak Malaysia yang berjaya menembusi pasaran India sebaris dengan artis-artis hebat yang lain.

"Ramai artis asal Malaysia bawa nama negara disana, seperti Yogi B dan Mugen Rao.

ARTIKEL BERKAITAN: Hebat anak Melayu nyanyi lagu Tamil, Zubir Khan bangga dapat satukan rakyat Malaysia... Abai komen rasis

ARTIKEL BERKAITAN: Hebat nyanyi lagu Tamil, muka pula iras Nora Danish... Rupanya isteri Mohd Mentor ada bakat jadi penyanyi

"Jadi saya berhasrat nak jadi salah seorang dari mereka, dan banggakan nama Malaysia," ujarnya.

Dalam pada itu, Zubir berkata dia bersemangat meneruskan karier dalam industri muzik kerana mahu membuktikan kepada masyarakat bahawa kekurangannya diri bukanlah penghalang untuk dia berjaya.

Malah, dia masih terkenang pengalaman pernah ditolak daripada menerima tawaran kerja disebabkan kecacatan pada tubuh.

"Pembabitan saya dalam industri ini sebenarnya nak buktikan kepada orang yang pandang rendah terhadap kekurangan diri saya sebelum ini.

Saya nak buktikan kepada orang yang pandang rendah terhadap kekurangan diri saya.

Zubir Khan

Penyanyi

"Saya pernah minta kerja sebelum mula menyanyi dan orang tak mahu ambil saya berkerja hanya sebab saya tiada tangan. Saya sedih sangat masa itu,” jelasnya.

Selepas menerima sokongan rakan-rakan, Zubir memanfaatkan kelebihan yang dimiliki dalam berbahasa Tamil sebagai punca rezekinya.

"Sampai satu masa, mungkin Allah hantar kamwan saya untuk buka jalan kepada saya.

"Dia cakap yang saya pandai cakap Tamil, lebih baik saya nyanyi lagu tamil. Dia kata baru nampak unik sebab saya orang Melayu,” katanya.

Copy of Untitled - 2024-06-14T122919.821

Zubir bersyukur apabila kolaborasinya dia dan Ezra disambut baik.

Dalam perkembangan lain, Zubir berkolaborasi bersama penyanyi Ezra Kairo menerusi lagu OMK (Oh My Kadhle) yang menggabungkan dua bahasa dalam satu lagu.

Lagu tersebut menerima lebih 1.7 juta tontonan di YouTube dalam masa kurang dari sebulan dan menjadi trending nombor 1 di carta digital.

Lagu OMK yang dicipta penuh oleh Zubir dan Ezra serta kerjasama bersama Mingaling sebagai komposer berjaya menambat hati pendengar menerusi lirik dan melodi yang menarik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain