PENDAKWAH bebas Ustaz Don Daniyal tampil mempertahankan diri selepas khidmatnya sebagai pengacara program Salam Baitullah yang bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) ditamatkan serta merta. Menafikan dia menyebut hadis palsu dalam topik siaran berkenaan, Don atau Don Daniyal Don Biyajid, 40, mendakwa stesen tersebut hanya mendengar pendapat melalui satu pihak sahaja. “Mereka hanya mendengar pada satu pihak sahaja dan mereka beri reaksi berdasarkan pihak sana sahaja. Sedangkan saya dah berjumpa pihak autoriti, mestilah saya berpegang dengan apa yang mereka pesan. Perkongsian Don merujuk kepada kitab. "Saya tidak sebut saya memetik hadis tetapi saya menyebut saya memetik kitab yang ditulis oleh Imam An Nawawi Al Bünyan’ı berjudul Tanqihul Qaul Al Hadith Syadah Lubab Al Hadith. "Beliau juga merupakan orang Melayu (Nusantara) yang menjadi Imam Masjidil Haram. Mana mungkin imam ini menulis perkara yang salah dan kalau saya memetik kitab itu maksudnya iman itu juga melakukan kesilapan. Malah imam ini juga dimakamkan perkuburan Ma'la,” katanya kepada mStar. Don menjelaskan perkara semasa sidang media tergempar menjawab kontroversi ini di Smoked Kingdom, Putrajaya pada malam Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: Sehari selepas bersiaran semula, Ustaz Don direhatkan terus daripada program ‘Salam Baitullah’ ARTIKEL BERKAITAN: Isu selesai! Ustaz Don kembali bersiaran dalam program ‘Salam Baitullah’ malam ini Dalam pada itu, Don berkata dia tetap berfikiran positif dengan menganggap apa berlaku ini merupakan salah faham kerana perbezaan ideologi. Tambah pendakwah itu, ramai pihak mengecam dirinya hanya kerana video pendek yang tular dan tidak melihat keseluruhan perbincangan. “Mungkin wujud salah faham. Perbincangan pada hari ini mempunyai perbezaan cara berfikir. Sebelum tamat rancangan, saya siap minta maaf jika ada salah dan silap USTAZ DON DANIYAL PENCERAMAH BEBAS “Sebab itu ia menjadi kenyataan manipulasi dan spekulasi yang teruk sebab video yang viral hanya sekerat tak tonton sejam setengah rancangan berkenaan. “Sebelum tamat rancangan, saya siap minta maaf jika ada salah dan silap,” ujarnya. Pada Khamis, nama Don kembali hangat apabila dia bercerita mengenai manfaat memandang wajah guru lebih baik berbanding bersedekah 1,000 ekor kuda di jalan Allah. Kupasan Don dalam rancangan Salam Baitullah menimbulkan percanggahan pendapat. Kenyataan tersebut dikatakan tidak merujuk kitab-kitab sahih ahli agama selain menimbul percanggahan pendapatan. Sebelum ini, Don juga pernah direhatkan selama satu minggu daripada rancangan tersebut selepas mengupas tentang isu kekasih pertama Nabi Muhammad SAW yang juga dianggap tanpa sokongan dalil sah. Bagaimanapun selepas sehari dibenarkan bersiaran, timbul pula kontroversi terbaharu sehingga menyebabkan tugasnya ditamatkan serta merta. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!