suria

Penyampai radio Hefny Sahad sah bergelar suami Nur Atiqah

Hefny kini milik Atiqah dengan sekali lafaz. Foto: Sinar

PENYAMPAI radio Hefny Sahad sah begelar suami kepada wanita pilihan hatinya iaitu Nur Atiqah dengan sekali lafaz pada 5.39 petang Sabtu.

Hefny atau Mohamed Hefny Sahad, 37, dan pasangannya disatukan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur yang dihadiri ahli keluarga dan rakan.

Khabar pernikahan pasangan itu dikongsikan di Instagram rasmi radio Sinar FM.

hefny 2

Hefny pertama kali kongsi foto bersama Atiqah.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan.

Pada majlis tersebut Hefny menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300.

ARTIKEL BERKAITAN: Hefny Harap Tidak Timbul Spekulasi Hubungan Dengan Uqasha

ARTIKEL BERKAITAN: Hefny Sahad elak hubungi Uqasha, enggan ganggu cinta baharunya

Hefny mula dikenali selepas menyertai rancangan realiti On Air 2012 dan berjaya meraih naib juara.

Selain penyampai radio, Hefny juga merupakan seorang pelakon yang terkenal dengan drama Melankolia, Nafas, Maaf Aku Tak Sempura dan banyak lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain