suria

Pakai selempang ‘bride to be’, pengikut tak terpedaya usikan Leona - “Nak percaya pun serba salah”

Leona bakal kongsi khabar gembira.

PERSONALITI media sosial Kasih Iris Leona memberi bayangan bakal berkongsi berita gembira tidak lama lagi.

Menerusi video dikongsi di TikTok miliknya memaparkan Leona, 23, menyarung selempang berwarna merah jambu yang tertulis Bride To Be.

Malah dengan wajah tersenyum dia juga menunjukkan cincin di jari manisnya.

leona 12

Peminat tak percaya Leona bakal berkahwin.

"Saya ada pengumuman," katanya ringkas.

Bagaimanapun Leona tidak berkongsi lebih lanjut mengenai khabar gembira itu.

Video berdurasi 10 saat itu menarik perhatian ramai yang rata-rata terkejut dengan pendedahan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kasih Leona terkejut ditegur pelat cakap Melayu, anggap pertuturan sudah sempurna

ARTIKEL BERKAITAN: Kasih Leona annoying dikatakan ada sakit tiroid, dah 2 kali buat ‘check-up’... “Yang tebal itu lemak”

Mereka bagaimanapun mengucapkan tahniah walaupun tidak percaya dengan perkongsian anak pelakon Azhar Sulaiman itu.

"Nak percaya pun serba salah, tapi tengok senyuman dia macam betul-betul.

"Mana ada orang sambut bachelorette party di pejabat Leona!

2756075

Netizen percaya bapa Leona tak izinkan.

"Awak masih kecil lagi Leona! Behar (Azhar Sulaiman) mesti tak setuju," antara komen netizen.

Pada Januari lalu, meluahkan rasa sedih selepas mengetahui bekas teman lelakinya, Ryan sudah mempunyai kekasih baharu.

Lebih mengecewakan, tempatnya itu diganti oleh wanita yang didakwa sahabat baiknya sendiri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain