MENYEDARI kepentingan media sosial, pelakon Wilma Muhammad kini terpaksa membiasakan diri menggunakan platform tersebut selepas membuat keputusan untuk kembali aktif berlakon. Malah Wilma, 51, juga mengakui kehidupan peribadi seorang artis juga semakin sukar untuk disembunyikan dek kerana tuntutan perkongsian di media sosial. "Dulu tiada media sosial jadi kehidupan kita lebih private. Sekarang zaman dah berubah dan kita dapat rasakan privasi untuk seorang artis semakin berkurang. Wilma mula membiasakan diri aktif di sosial media. "Selama ini saya hanya ada akaun Instagram namun jarang berkongsi. Banyak juga fungsi yang saya tidak tahu gunakan sehingga terpaksa belajar semua apabila kembali berlakon. "Tambahan pula sekarang ada TikTok, jadi selepas ini saya akan aktif di sosial media," katanya kepada mStar. Wilma ditemui ketika majlis tayangan bersama peminat filem terbaharu lakonannya berjudul Saka Perawan. ARTIKEL BERKAITAN: Suami lagi suka Afifah Nasir duduk rumah, bagi pelbagai alasan untuk halang keluar kerja ARTIKEL BERKAITAN: “Maki dulu baru seronok berborak” - Begitulah cara kasar artis veteran bergurau, rahsia Ahmad Tarmimi kekal hubungan erat Filem tersebut juga merupakan tanda kemunculan semual Wilma selepas kali terakhir terlibat dengan penggambaran drama pada tahun 2015. Memilih untuk kembali aktif, aktres ini menganggap ini adalah masa sesuai memandangkan lima orang anaknya sudah membesar dan boleh berdikari. "Sebelum ini saya pilih untuk fokus kepada rumah tangga. Sekarang anak-anak juga sudah membesar dan boleh urus diri sendiri. Suami juga tidak menghalang dan memberi sokongan penuh. Sekarang zaman dah berubah dan kita dapat rasakan privasi untuk seorang artis semakin berkurang WILMA MUHAMMAD PELAKON "Dalam usia begini apa lagi nak buat? Jadi bolehlah beritahu kepada semua bahawa kini saya akan kembali aktif berlakon," ujarnya. Berkongsi pengalaman terlibat dalam produksi filem Saka Perawan, Wilma akui sedikit kekok apabila perlu menghadiri acara tayangan dan bertemu peminat. Meskipun ia bukanlah pertama kali namun suasana yang dirasai kini tidak sama seperti yang pernah dilalui sebelum ini. Wilma kembali aktif berlakon. "Saya terima tawaran berlakon pun selepas pengarah (Dr Ahmad Idham) yang hubungi sendiri. Seronok juga dapat berjumpa pelakon lama dan artis-artis baru. Namun ketika memulakan penggambaran sekitar Novemer tahun lalu rasanya seperti pertama kali berlakon. "Saya juga rasa kekok dan segan apabila berjumpa peminat ketika majlis tayangan. Sudah lama tidak merasai situasi sebegini," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!