suria

Mula faham maksud rezeki, anak umpama ubat tidur dan penenang buat Caprice

Caprice kini temui keseimbangan dalam hidup.

KEHADIRAN cahaya mata pertama banyak membawa perubahan dalam hidup penyanyi yang juga aktivis sosial iaitu Caprice.

Bagi Caprice atau Ariz Ramli, 36, segala penat lelah bekerja hilang tatkala dia dapat meluangkan masa bersama anak lelakinya, Airiel Qashaf yang kini berusia tiga bulan.

Bahkan dia juga mula faham akan nikmat cahaya mata sekaligus menepis pandangan tentang gaya hidup 'childfree' yang kini sedang hangat diperkatakan.

caprice 1

Kehadiran anak mengubah hidup Caprice.

"Dapat sahaja bau si kecil ini segala masalah dalam dunia hilang dan saya hanya fikirkan tentang mahu meluangkan masa bersama anak.

"Tengah kecoh di sosial media fasal trend kahwin tapi tak mahu ada anak. Jujur, anak itu adalah rezeki.

"Sebelum ada anak selalu dengar benda ini, selepas ada anak baru faham maksud," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki hina wajah anak melutut minta maaf depan Caprice, isteri... Pilih pergi masjid selesaikan masalah

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice kongsi berita gembira, dah jadi bapa... “Alhamdulillah Lil Cappy selamat dilahirkan”

Caprice menulis luahan tersebut di Instagram miliknya pada satu video yang memperlihatkan anak kecilnya itu sedang berbaring di atas katil.

Bukan itu sahaja, memulakan kehidupan sebagai seorang bapa juga memberi kesedaran buat Caprice tentang gaya hidup seimbang.

Malah dia dia juga mengakui mendapat ketenangan dan tidak lagi bergantung kepada ubat untuk tidur malam.

caprice 3

Keluarga bahagia Caprice.

"Sebelum ada anak hidup saya sangat sibuk, tiada masa nak bertenang. Dulu pun bergantung kepada ubat tidur.

"Sejak ada anak saya mula mendapatkan keseimbangan. Dialah ubat tidur saya," ujarnya.

Untuk rekod, Caprice mendirikan rumah tangga dengan Fara Inalis pada November 2022 dan mereka dikurniakan cahaya mata pada Mac lalu.

Fara juga memiliki seoang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain