PENCERAIAN yang berlaku tidak menghalang pelakon Jiggy Masin dan Elly Ariffin terus mengekalkan hubungan baik di antara mereka.Malah mereka juga tidak berdepan masalah untuk kekal profesional setiap kali perlu bekerja dalam satu produksi sama. Kata Jiggy atau Mohamad Aizat Ahmad Nazri, 35, dia tidak pernah terfikir untuk membuka aib bekas isterinya kerana mengenangkan janji yang pernah dibuat bersama suatu ketika dahulu."Bagi saya isu buka-buka aib ini, lebih baik kita ingat semula janji yang dibuat ketika bercinta dan bernikah dahulu.Elly dan Jiggy ditemui ketika sidang media sitkom Apartmen Putra pada Khamis."Kalau nak buka cerita semua benda kita dah tahu tentang bekas pasangan kita, tetapi untuk apa? Apa penyudah yang kita dapat?" katanya kepada mStar.Jiggy dan Elly ditemui ketika sidang media pelancaran sitcom Apartmen Putra Musim baharu yang berlangsung di Angkasapuri, Kuala Lumpur pada Khamis.Jiggy berkongsi pandangannya susulan ramai pasangan yang sudah bercerai menjadikan media sosial sebagai medan untuk saling berbalah dan membuka aib masing-masing.Sementara itu, Jiggy berkata tindakan berkenaan hanya mengundang pergaduhan berpanjangan dan menggalakkan netizen bercakap serta membuat penilaian sendiri tanpa mengetahui perkara sebenar.ARTIKEL BERKAITAN: Elly Arifin pergi berubat seorang diri sebab percaya ustaz, kesal pemakaian dikaitkan punca cabulARTIKEL BERKAITAN: “Ingat kunci rumah tangga adalah sabar”... Jiggy kahwin Dhabitah, ini ucapan bekas isteri"Pergaduhan itu akan berlarutan dan tak akan tamat. Sampai sepuluh keturunan sekalipun asyik berdendam saja. Sampai bila pun tak selesai."Saya tahu ada daripada mereka buat begini sebab nak netizen jadi pengadil, untuk pilih pihak mana yang betul dan pihak mana yang salah," jelasnya.Dalam pada itu, Elly atau Nurul Elyana Kamalul Arifin, 35, pula berpendapat apa sahaja masalah yang dihadapi sewajarnya diselesaikan secara tertutup bagi mengekalkan hubungan baik.Justeru itu, dia dan Jiggy memiilih untuk melakukan perbincangan tertutup sekiranya wujud masalah di antara mereka berbanding menghebohkan perkara itu di media sosial. Ingat semula janji yang dibuat ketika bercinta dan bernikah dahulu.JIGGY MASINPELAKON/PELAWAK"Tetapi apa yang saya dan Jiggy terapkan. Walaupun kami berdepan dengan isu yang besar sekalipun, saya anggap itu sebagai ujian untuk merapatkan lagi hubungan."Apa sahaja cerita dalam 'kelambu' lebih baik berbincang dalam 'kelambu', kalau ada perkara yang tak puas hati tak perlulah masukkan dalam media sosial."Walaupun tak berpuas hati macam mana pun, pokok pangkalnya perlu berbincang dan dapatkan kata sepakat," ujarnya.Elly dan Jiggy pernah mendirikan rumah pada 9 September 2016, tetapi bercerai pada Januari 2020.Jiggy dan Elly tetap mengekalkan hubungan profesional.Mereka bagaimanapun tidak mempunyai cahaya mata.Dalam perkembangan lain, Jiggy dan Elly berkerjasama menerusi sebuah sitkom bertajuk Apartment Putra yang bakal ditayangkan pada Disember tahun ini.Selain mereka, sitkom yang sudah memasuki musim keenam dan ketujuh ini turut menampilkan Atu Zero, Mamak Puteh, Noorkhiriah, Zulin Aziz dan Eric Fuzi.Sitkom yang mengetengahkan kisah masyarakat kelas pertengahan dengan berlatarkan lokasi sebuah apartmen di tengah ibu kota bakal menemui penonton di siaran RTM bermula hujung tahun ini.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!