suria

Syukur sudah sempurna badal haji untuk arwah Huzz, keluarga ucap terima kasih kepada Siti Nurhaliza dan Datuk K

Siti dan suami menunaikan janji buat Huzz.

KELUARGA kepada wartawan hiburan veteran iaitu Allahyarham Huzz atau nama sebenarnya Kamal Huzaini Kamaludin menzahirkan ucapan syukur ibadah badal (upah) haji buat arwah telah selamat disempurnakan pada 15 Jun lalu.

Berkongsi rasa syukur itu, adik kepada Huzz iaitu Nur-ul Afida turut menitipkan penghargaan kepada pasangan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami iaitu Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa kerana sudi menaja kos bagi tujuan ibadah rukun Islam kelima itu.

"20 hari selepas kepulangan Huzz ke Rahmatullah, kami bersyukur kerana dimaklumkan badal haji buat arwah telah sempurna.

huzz haji 2

Huzz meninggal dunia akibat derita kanser.

"Terima kasih khususnya buat Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid (suami) kerana menunaikan janji mereka kepada Huzz semasa menziarahi sebelum ini," katanya.

Afida yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) turut berkongsi sijil badal haji yang telah sempurna dilakukan itu.

Tajaan badal haji itu dibuat oleh Siti dan suami menerusi badan kebajikan milik mereka iaitu Yayasan Nurjiwa.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza dan Datuk K taja badal haji buat Huzz

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau pergi redah banjir kilat di Jalan Klang Lama sekarang Huzz...” - Kenangan bersama Allahyarham

Siti sebelum ini memaklumkan suaminya berhasrat untuk menaja badal haji buat Huzz ketika arwah terlantar sakit di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kanser usus.

Huzz meninggal dunia pada 8 Jun lalu sekitar pukul 6.10 petang di kediaman abangnya di Pulau Pinang.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Berpusat Seberang Perai Utara di Permatang Langsat pada hari sama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain