LAIN orang lain cara pergaulan bersama rakan-rakan, begitu juga pelakon Datuk Ahmad Tarmimi Siregar yang mendedahkan dia dan sahabat selebriti jika berjumpa pasti menggunakan kata kasar sebagai cara bertanya khabar. Tarmimi atau Ahmad Tarmimi Siregar Kamaruddin, 74, berkata, dia merasakan itulah keunikan persahabatan pelakon-pelakon vateran yang sudah lama terjalin. "Kami artis vateran ni kalau berjumpa rasa seronok, bila jumpa benda pertama adalah maki dulu sebab baru ada rasa keseronokan untuk berborak. Tarmimi dan rakan selebriti vateran suka bergurau cara kasar. "Tapi begitulah cara kami berbual sebab yang masih hidup pun dah tak ramai, kami tetap akrab walaupun jarang berjumpa," katanya kepada mStar. Pelakon filem Abnormal Buas itu juga berkata dia sama sekali tidak pernah ambil hati dengan gurauan kasar rakan-rakan. Malah, Tarmimi memberitahu jika berborak mereka suka berjenaka tentang kisah lama untuk dijadikan modal bergelak ketawa. "Bila bergurau kasar dengan kawan-kawan saya atau mereka memang tak ambil hati kerana itulah cara kami bergaul. ARTIKEL BERKAITAN: Serik lepak kedai kopi lepas solat, geng masjid label Ahmad Tarmimi Siregar sombong - “Bukan sembang apa pun, mengumpat orang” ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ahmad Tarmimi terlewat 30 minit, terkilan tak dapat ziarah Hail Amir "Sumpah seranah dulu kemudian berborak mengenai kisah silam yang buruk. "Kalau borak cerita positif sahaja tak seronok, jadi borak yang buruk-buruk sebab ingat momen-momen lama," ujarnya. Sementara itu, Tarmimi berkata layanan kepada artis baharu agak berbeza kerana dilahirkan pada zaman berbeza. Namun jika mereka sudah mengenali sikap sebenarnya, kebanyakkan artis baharu akan terkejut dengan sifat 'gila-gila' dimilikinya. Tarmimi bersama Aeril, Yatim dan Rahim antara pelakon dalam filem Abnormal Buas. "Kalau mereka (artis baharu) jenis berbeza dengan kita (artis veteran), kami kawal supaya tak mahu jadi salah sangka di kemudian hari. "Tapi kalau mana yang dah tahu perangai kami, kebanyakkannya akan terkejut sebab kami rupanya jenis masuk air," jelasnya. Dalam perkembangan lain, filem terbaharu berjudul Abrnormal Buas turut menampilkan Tarmimi sebagai pelakon sudah ditayangkan di pawagam sejak 20 Jun lalu. Selain Tarmimi, filem terbitan Respected Netizen Sdn Bhd itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Aeril Zafrel, Adlin Aman Ramli, Kodi Rasheed, Datuk Rahim Razali, Jalil Hamid dan Ahmad Yatim. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!