suria

[V] Fourtwnty terharu ada peminat Malaysia batal hasrat bunuh diri selepas dengar lagu mereka, anggap satu memori indah dalam hidup

KUMPULAN muzik Indonesia iaitu Fourtwnty meluahkan rasa sebak apabila mengetahui ada peminat dari Malaysia membatalkan hasrat membunuh diri selepas mendengar dua lagu nyanyian mereka iaitu Mencintai Traumaku dan Larasuka.

Bersyukur karya mereka mampu membawa aura positif kepada pendengar, vokalis Fourtwnty iaitu Ari Lesmana menganggap pengalaman dilalui itu cukup indah dan paling bermakna dalam hidupnya.

"Ada satu cerita menarik mengenai peminat di Malaysia, gara-gara lagu Aku Mencintai Traumaku dan Larasuka, peminat tersebut tidak jadi bunuh diri.

fourtwnty 2

Fourtwnty terharu lagu mereka juga mendapat sambutan di Malaysia.

"Dia mengucapkan terima kasih kepada Fourtwnty, itu yang buat kami sangat terkesan.

"Apabila dia memaklumkan tentang hal itu, kami menganggap ia satu penghargaan terindah buat kumpulan ini," katanya kepada mStar.

Fourtwnty berkongsi cerita itu semasa sidang media Konsert MyAcasa yang diadakan di Jakarta, Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: D'Masiv datang KL buat konsert lagi, pertama kali nyanyi lagu baharu... Tak sabar cari nasi kandar dan Musang King

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai rakan cemburu kolaborasi Diskoria dan Sheila Majid, bawa tema 80-an untuk konsert di KL

Ditanya mengenai lambakan bakat baharu mencuba nasib di pasaran muzik Malaysia, Ari berkata kumpulan itu sama sekali tidak pernah berasa tergugat.

Sebaliknya, mereka tetap menyokong dan berharap agar lebih ramai lagi bintang berasal dari negara itu mampu melebarkan sayap lebih jauh.

Malah dia yakin dengan kehadiran mereka di Malaysia yang dianggap sebagai rumah kedua itu mampu menarik peminat tersendiri.

fourtwnty 1

Fourtwnty bakal menghiburkan peminat Malaysia.

"Kita anggap mereka ini seperti saudara, KL saling menyokong, saling menghormati dan saling menghargai,” ujarnya.

Selain Fourtwnty, penyanyi daripada Malaysia iaitu Zee Avi serta Charita Utami turut sama dalam konsert MyAcasa di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 9 November depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain