suria

Lagu pertama tanpa Syasya, ‘Here4U’ surat terbuka Dolla buat peminat

Dolla tampil dengan lagi baharu berjudul Here4U.

SELEPAS pengunduran diri Syasya, kumpulan Dolla tampil dengan single terbaharu mereka berjudul Here4U khas buat peminatnya.

Salah seorang anggota Dolla, Tabby memberitahu lagu tersebut dihasilkan inspirasi daripada peminat mereka sendiri yang menggelarkan diri mereka sebagai iDollas.

Cerita Tabby, setiap bait lirik lagu berkenaan menggambarkan ketulusan hati mereka terhadap peminat yang menyokong mereka sehingga berada di tahap sekarang.

Copy of Untitled - 2024-06-25T183708.826

Dolla teruja hadiahkan single baru untuk peminat.

"Inspirasi besar di sebalik Here4U adalah iDollas, mereka benar-benar tulang belakang dalam kehidupan DOLLA.

"Ini adalah ucapan terima kasih yang tulus kerana bertahan melalui semua halangan bersama kami” katanya dalam satu kenyaataan kepada mStar.

Selain Tabby, Dolla turut dianggotai oleh Sabronzo dan Angel.

Sabronozo pula menyifatkan lagu tersebut sebagai surat terbuka yang dicipta dalam bentuk lagu buat peminat setia Dolla.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan mudah tinggalkan Dolla, Syasya terpaksa buat keputusan sukar demi kelangsungan hidup

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Dolla bakal berentap di China, muncul dalam video promo program realiti ‘Show It All’

"Kami ingin mereka tahu bahawa lagu itu adalah satu penghromatan terhadap sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi sepanjang tahun ini.

"Here4U adalah surat terbuka untuk iDolla kami dalam bentuk lagu," jelasnya.

Lebih istimewa, Tabby turut terlibat secara langsung dalam pembikinan lagu Here4U bersama Putri Dahlia dan Hyuk Shin.

Dalam pada pada itu, Tabby turut meluahkan rasa syukur apabila dirinya diberi peluang menulis lirik dan hasilkan melodi.

Copy of Untitled - 2024-06-25T184220.430

Tabby (tengah) teruja dapat terlibat dalam pengasilan lagu Here4U.

"Salah seorang komposer lagu ini, Hyuk Shin memberi saya peluang untuk bersama-sama menulis lagu dan menghasilkan melodi.

"Selepas mencipta melodi di studio, saya pulang ke rumah untuk memikirkan lirik yang sesuai dan inilah hasilnya," katanya.

Seperti lagu hit mereka yang lain, Here4U turut dicipta dalam dua versi iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Lebih menarik, muzik video lagu tersebut dihasilkan dengan gabungan klip video yang telah mereka rakam menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain