suria

Suami lagi suka Afifah Nasir duduk rumah, bagi pelbagai alasan untuk halang keluar kerja

Afifah suka menajdi seorang suri rumah.

SEBULAN bergelar isteri, pelakon Afifah Nasir mendedahkan suaminya iaitu Syed Hariz lebih suka dia berada di rumah berbanding keluar berkerja.

Malah, Afifah atau Nur Afifah Nasir, 31, berkata suaminya kerap memberikan pelbagai alasan untuk menghalang dia pergi ke lokasi penggambaran.

"Hariz lebih suka saya duduk rumah saya rasa.

Copy of Untitled - 2024-06-28T105519.462

Afifah Nasir berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory.

"Sebab setiap kali saya beritahu nak pergi set, macam-macam alasan dia bagi untuk saya tak payah berkerja," katanya menerusi hantaran di Instastory

Afifah berkata demikian bagi menjawab soalan daripada salah seorang pengikut yang bertanyakan mengenai karier lakonannya selepas berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Afifah Nasir lebih suka ‘western food’, seminggu sekali baru makan sajian Melayu

ARTIKEL BERKAITAN: Suami minta duduk rumah, Intan Najuwa berehat tak ambil tawaran lakonan tahun ini

Dalam pada itu, adik kepada pelakon Anzalna Nasir ini turut memberitahu dia kini lebih berminat untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa.

"Dan kalau saya boleh jujur, sebenarnya saya suka jadi seorang suri rumah," ujarnya.

Untuk rekod, Afifah mendirikan rumah tangga bersama Syed Hariz pada 5 Mei lalu selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain