suria

Selesai bayar tunggakan sewa rumah, keluarga Dharma Harun sedia jika terpaksa berpindah

Dharma (kiri) akhirnya dapat menyelesaikan tunggakan bayaran sewa rumah.

PELAKON Dharma Harun kini boleh menarik nafas lega apabila dapat menyelesaikan tunggakan bayaran sewa rumah sebanyak RM7,500.

Berkongsi mengenai perkara itu, anak kepada Dharma iaitu Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, 35, memaklumkan keluarganya menggunakan wang sumbangan diterima bagi tujuan tersebut.

Syafiq bagaimanapun memaklumkan mereka masih belum membuat bayaran bagi bulan baharu dan masih berbincang dengan pemilik rumah mengenai cara penyelesaian.

dharma 3

Syafiq (kanan) memaklumkan sudah menerima tawaran kediaman baharu.

"Kami ada menerima sumbangan sebanyak RM9,000 daripada Yayasan Akalbudi sebelum ini dan wang tersebut digunakan untuk bayar tunggakan. Namun apabila masuk bulan baharu (Julai) kami masih ada hutang dengan tuan rumah termasuk bayaran bil utiliti.

"Syukur dengan wang tersebut dapatlah kami selesaikan hutang yang agak berat. Ada juga sumbangan kecil lain kami buat tambahan untuk bayar hutang," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Kisah hidup Dharma yang berdepan masalah kewangan sebelum ini mendapat perhatian pelbagai pihak susulan dia kini tidak boleh bekerja kerana masalah kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak kena kecam tak bantu Dharma Harun, Syafiq berserah kepada Allah tunjuk kebenaran - “Cukup kami sekeluarga tahu”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Isma Aliff akhirnya dapat jumpa anak selepas setahun, paling seronok boleh peluk 2 cucu

Dalam pada itu, Syafiq memaklumkan keluarganya juga ada menerima tawaran kediaman baharu daripada pusat zakat sekiranya pemilik rumah mengarahkan mereka berpindah keluar dari kediaman kini yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

"Kalau ada pihak yang ingin bantu dapatkan rumah lain, kenapa perlu tolak. Sekiranya terpaksa berpindah, maka kenalah pindah ke rumah lain.

"Namun saya harap tidaklah dalam masa terdekat kerana sekarang agak sibuk dengan jadual kuliah," ujarnya.

Kami ada menerima sumbangan sebanyak RM9,000 dan wang tersebut digunakan untuk bayar tunggakan.

DHARMA HARUN

PELAKON

Sementara itu, Syafiq turut meluahkan kebimbangan mengenai tahap kesihatan bapanya yang tidak menentu sejak beberapa hari lalu.

"Memanglah ayah lega dapat selesaikan hutang, tetapi dalam masa sama saya juga bimbang melihat keadaannya.

"Dia tidak sihat dan sangat lemah. Jadi susah untuk tahu emosi sebenar dia sekarang ini," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain